Assalamualaikum buat pembaca yang di hormati.
Adakala kita perlukan ketenangan dalam menjalankan aktiviti harian kita, bila terlalu sibuk kita akan mencari jalan keluar untuk relaks sekejap, tapi cara kita relaks tu tetap memikirkan cara-cara penyelesaiannya.

Jadi ikut pada pakar lihat wajah paling dekat ibu atau anak-anak tersayang, melihat keindahan dunia, seperti bukit-bukau, lautan luas, warna biru atau putih dan juga melihat binatang yang berbagai warna.

Ketenang juga boleh lahir dari diri sendiri renung diri dan ambil wuduk dan mengaji atau membaca. Bila kita membaca kita akan di bawa alam tersebut, kita akan tenang seketika.

Ada juga yang tenang bila dapat makan, shooping, dan ada juga yang tidur. mereka berusaha untuk relaks dengan yang tersayang, pandang wajah mereka rasa relaks sekejap.

Sebab tu ada setengah lelaki suka mencari isteri, akan berusaha mencari wajah yang tenang, sedap mata memandang, itulah jodoh, tapi nak mencari jodoh ni pun makan masa juga, sebab nak kenal hati budi si gadis dan keluarga gadis. Adakah gadis itu beliau boleh bersabar dengan kerenahnya yang suka berpoya-poya.

Jadi untuk ketenangan yang sebenar, kita kena susun kerja kita dengan baik, beri masa pada diri untuk rehat, mengaji atau membaca dan melihat keluasan.

Ramai yang ingin jadi kaya raya, tapi skill tak ada, mereka akan mula stress, mula makan makan dan makan lepas makan sambung tidur, tidur dan tidur.

Tetapi kalau mereka mula mendisiplinkan masa, rohani dan jasmani pastinya, kekayaan diri akan sampai, Maksudnya utamakan hak untuk diri sendiri baru pemikiran positif dan ketenangan akan sampai.

Biarla apa orang nak kata, pada diri kamu, sebab mereka itu cermin kita wajib kita ambil dengar, yang bagus kita perbetulkan, kalau kurang bagus jangan melenting kita teruskan fokus untuk kejayaan kita yang sedang mennuggu.

sayangi diri sendiri.
Leave a Reply