Kami dah pun sampai ke hotel untuk merehatkan badan, sampai terus mandi, solat dan makan. Esoknya kami kena keluar awal jam 7.30 pagi, kata jurupandu kami melalui whatsap group dan semua barang- barang di bawa turun sekali.
Esoknya selepas sarapan pagi hanya makan roti sahaja, bersama jus dan kacang. sedap juga makan macam ni. Selepas itu semua barang barang terus masuk ke dalam van, dan terus bergerak dari Brussels, Belgium ke Paris kota cinta, Aduh! tak sabar nak tengok kota cinta mak mak kita dulu dulu, cerita dalam filem hindustan “An Evening in Paris”.

Kebetulan pada hari itu kesibukan dan jem sana-sini telah menyebabkan “Pak Lang” gelaran yang di beri kepada pemandu mat saleh kami ni, geram dan naik angin secara tiba-tiba, disebabkan reformasi dan banyak jalan jalan ditutup dan dikawal ketat angota polis yang memakai senjata, kami semua bersabar untuk sampai dan lokasi dan paling jem teruk di Arc de Triomphe tempat pusingan jam atau roundabout untuk ke loksai masing masing ibarat bintang pandangan dari udara.


“Ibu, betulkah ini Kota cinta Paris?, cantiknya” kata anakku. Ia ini la Paris, macam tak caya, dah sampai Paris, selalu tengok dalam television sahaja, ini, benar depan mata.

alhamdulillah berkat sabar akhirnya kami sampai ke kota romantis kota cinta Paris, yang penuh sejarah tak lain tak bukan Menara Eiffel yang tersegam indah dari tahun ke tahun berabad lamanya bermula dari tahun 1819. SubhanaAllah, memang luar biasa dah 200 tahun lamanya, masih gah sehingga hari ini.

cuaca disini memang sejuk, tapi selesa sikit pakai jubah, memang dah niat nak pi kota Paris penuh cinta ni pakai jubah, saja je nak bergambar. Ok, kan, Di sini, kita banyak jumpa Abang Negro, yang menjual berbagai-bagai kicing, ditunggunya kita selesai ambil gambar dan ikut kemana-mana kita pergi, mereka ni tak putus harapan berniaga bila di beli beliau mendoakan kita dalam bahasa Arab.
Selepas itu kita teruskan perjalanan nampak kedai LV tersergam indah di kota Paris, tetapi, disebabkan rusuhan banyak kedai yang pecah-pecah dan di warnakan dengan spray warna hitam, ada separuh kedai ditutup untuk renovation.

Selepas tu terus naik van untuk ke lokasi seterusnya, disebabkan rusuhan dan jalan teruk jem,terus kami ke PSG, Paris Saint-Germain F.C. iaitu kelab bolasepak terkenal seluruh dunia, akak memang tak tahu apa itu PSG, Setelah diterangkan oleh anak akak baru akak faham. Maklumla tak minat bola langsung. Jadi kita pun rehat di kedai PSG, tempat membeli belah barangan kelab tersebut, sambil menunggu makan malam kami sampai.


cukup masa dah boleh pulang, makanan pun tak dapat di hantar kelokasi, kerana jem yang teruk. jadi Pak lang kata dah kena balik dah, takut tak sempat nak sampai sebelum jam 8.00 malam, Pak Lang sangat risau sebab beliau pemandu berhemah dan tak suka kena denda dan sangat disiplin. Jadi kami mengikut sahaja, banyak lokasi di Paris tak dapat kami jelajahi 100 %, apapun kami bersyukur sebab dapat bergambar di menara Eiffiel. Kota yang penuh Cinta.
Selamat tinggal Paris.

Hai boleh berkenalan?
hai, boleh jeeeeer..