Assalamualaikum salam sejahtera pembaca semua.
Setiap kali cuti sekolah kembali, ada la suara halus , ” ibu cuti sekolah kita nak pergi mana ibu, boleh balik kampung tak?, “ok”, jadi mereka siapkan baju dan balik kampung.

Tahun ini soalan yang sama tanya lagi tetapi mereka tak pernah mintak lokasi yang sampai tidur hotel atau resort sebab mereka tahu ibunya pasti tak cukup duit, macam tahun-tahun sebelum ni, jadi soalan sama tanya lagi. “ibu, boleh balik kampung tak?” “tak boleh, wan tak ada” jadi mereka bermain bolasepak dan bermain game dalam talipon.

Bila ada tabungan, yang memang disiapkan untuk keluarga dan anak-anak, akak pun buat satu suprise untuk mereka.
Musim cuti sekolah pada bulan 3 datang lagi, memberi ispirasi selepas pergi ke MATTA Fair yang berlaku pada 15-17 March baru-baru ini. Terbuka minda lepas melihat bajet yang ada dan terbayang muka anak-anak yang lama tidak bercuti, Jadi planing nak buat suprise untuk mereka.

Semasa pergi ke MATTA Fair yang berlangsung 3 hari di PWTC akak pergi bersama anak pada hari terakhir bersama kak long Nisa. Selepas parking, kami daftar masuk dan dapat gelang dan terus berjalan dan berjalan, memang penat sangat dan orang punya la ramai. dari international hingga ke domestic, penuh orang sana sini.

Jadi kak Long Nisa terpandang Lexis, “ibu jom pi sini” “ok jom la”. Apa yang istimewanya hotel dalam ada kolam ni dan berapa harganya. Lepas mendapat penerangan Lexis ni ada 3 jenis Hotel Lexis, Grand Lexis dan Resort Hibiscus, Specialnya Lexis ni ada kolam dalam setiap bilik mereka. Jadi selesa kalau kita mandi dan membuka tudung, hanya family sahaja.
Hotel Lexis Port Dickson
Adalah kategori hotel di bawahnya air dan di panggil “water chalet” dan konsep ala-ala Bali Tropika, keselesaan pada yang suka seni kayu sangat sesuai dan nampak lebih romantik dengan pemandangan di lautan. Setiap bilik ada satu cermin yang boleh nampak di bawah air laut, kolam berada diluar dan ada juga di dalam hotel.

Grand Lexis Port Dickson
Resort paling banyak kolam renang dan termasuk dalam Book of Records Malaysia, setiap satu daripada 317 villa yang diilhamkan di Bali di Grand Lexis Port Dickson bertaraf lima bintang dan sangat cantik berkonsep Bali. Konsep lebih privasi.

Lexis Hibicus Port Dickson
Bentuk bunga raya terletak di tepi pantai Port Dickson sangat cantik dan moden dan paling menarik di antara semua Lexis dan kategori 5 bintang Lexis Hibiscus terdiri daripada 639 vila kolam renang. Setiap vila adalah luas, dihiasi dengan kemudahan moden dan dilengkapi dengan kolam renang persendirian sendiri dan bilik wap untuk kemewahan dan privasi. Tujuh jenis pilihan bilik iaitu executive pool villa, premium pool villa, panorama pool villa, imperial suite, presidential suite yang dibina mengikut susunan bunga raya di atas air manakala sky pool villa dan royal suite terletak di bangunan utama.

Pilihan mana satu
Kak long Nisa, memilih Lexis Hibiscus Port Dickson katanya lebih selesa, bila tengok promosi yang disediakan Alhamdulillah, boleh murah sikit dari biasa. “Ok ni ibu sebab ada MATTA Fair, kalau tak mahal ni” ok la kalau itu pilihan kakak kita on ye, selesai membayar dan dapat kupon makan sekali terus balik.

Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba
“Baju semua dah siap ke”, “dah ibu”, ok jom kita gerak terus ke Port Dickson, Pergi bersama 2 kereta dengan jalan jem, akhirnya sampai ke Port Dickson di Lexis, Wau memang cantik tidak di nafikan.

Memang suprise bagi anak-anak memang mereka teruja, dan berulang kali ucap terima kasih ibu, alhamdulillah, sekali sekala kita cuti dan berikan kepuasan pada mereka. Apapun alhamdulillah ada MATTA Fair, dapat harga promosi.

Sampai sahaja terus mendafar dan masuk bilik. Layanan sangat baik di berikan kepada pelancongan dalam dan luar negeri. Selepas dapat no bilik 372, terus beratur dan terus menaiki buggy, untuk ke kelopak bunga, SubhanaAllah, cantiknya.



Sampai sahaja di bilik terus masuk, anak dah excited sebab ada pool, ada sauna, wau cantiknya dan bestnya. ok yang penting keselesaan mereka, sampai terus masuk pool, dan mandi manda sampai puas.



lapar kami tak makan di resort kami terus makan di Restoran Ikan Bakar Hidayah.

Lepas tu jam 8.00 malam ada fire show dan adanya kempen Earth hour selama 1/2 jam. Lampu ditutup seketika.

Akak terus siapkan kerja harian menulis seperti biasa, anak-anak masih menyambung mandi manda bersama abah dan kakaknya. Memang akak tak nafikan keselesaan untuk privasi sekeluarga ke sini amat akak galakan, tapi ikut bajet dan kemampuan kita. Keistimewaannya bila kita mandi buka tudung sangat selesa sebab privasi.
Esoknya terus beraktiviti selepas sarapan pagi, bermacam macam makanan ada dihidangkan.




bermain basikal dan memanah dan paling special dapat naik Helicopter yang anak-anak impikan. Harga untuk naik memang mahal, tapi sebelum ni planning nak naik di Langkawi tetapi terlalu mahal, jadi kita simpan niat tu, Jadi di sini kita rasa boleh teruskan impian mereka.



Mana tahu doa seorang ibu makbul dari pengalaman yang mereka rasai boleh membawa kepada impian menjadi yang terbaik, inshaa Allah.

Selepas tu kami pun bersiap dan pulang , Pengalaman manis ini memang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak tersayang.

Jadi simpan impian kumpul duit untuk impian seterusnya.
Leave a Reply