• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Sodap duk kampung lagi

April 21, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Makanan tradisi melayu dahulu ialah ubi kayu, Itu lah bekalan yang tahan lama untuk di bawa ke mana-mana kerana ia tahan lama. Ubi kayu mudah ditanam hanya cucuk sahaja di tanah terus hidup, yang bagusnya ubi kayu ni semua boleh di gunakan dari ubinya, batang hingga daunnya.

Cara penanaman ubi kayu sangat mudah, batang yang panjang boleh di kerat-kerat anggaran 1 kaki, kemudian di rendam sehari atau dibiarkan untuk menampakan tunas sebelum dicucuk kedalam tanah. Tanah yang sesuai ialah tanah yang penuh bahan organik, contoh macam tanah yang di gali masukan sampah dan bakar sampah tersebut hingga jadi abu dan di gaul bersama tanah sedia ada untuk di buat penanaman pokok ubi kayu.

Selepas itu buat gemburkan tanah tersebut dan buat batas, cucuk lah ubi kayu tersebut ke dalam tanah. Tunas di atas. biarkan selama 6-9 bulan untuk mendapatkan ubi kayu yang berkualiti besar dan banyak,

Ubi kayu banyak di gunakan untuk membuat kerepek ubi kayu, kuih-muih yang melibatkan ubi, tapai ubi kayu, dan berbagai lagi produk penghasilan ubi kayu. Pada masa dahulu, Ubi kayu ini menjadi makanan utama menggantikan beras, ubi kayu juga boleh di buat tepung ubi.

Daun ubi kayu boleh juga merawat sakit kepala, deman, cirit-birit, luka bernanah, hilang selera makan hanya perlu rendam daun ubi dan ditumbuk halus, kemudian diletakan dibahagian yang sakit diangota badan tersebut.

Pucuk ubi kayu boleh di buat berbagai lauk pauk dan ulam, seperti masak lemak pucuk ubi, pucuk ubi goreng dan ulam pucuk ubi. Daun yang lain boleh dijadikan makanan binatang ternakan seperti kambing dan lembu

Batang ubi kayu boleh direbus bila suam boleh dibuat rendaman kaki hingga paras lutut untuk amalan kekuatan kaki.

Kalau ada tanah di kampung boleh lah menanam pokok ubi kayu ni, pokok wajib ada disetiap dapur belakang rumah di kampungku. kalau tak ada lauk, tanak nasi, masak lomak cili api pucuk ubi campurkan dengan ikan bilis atau masak pucuk ubi tempoyak fuh! sedap ya amat, Lepastu goreng ikan masin Selar, Allahuakbar, ni la, makanan paling sedap yang mak akak selalu masak, bila kami sekeluarga pulang ke kampung.

Tak cuba tak tahu, jom kita balik kampung!

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Kucing Tasha
Next Post: Hidup biasa memberi manfaat »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme