• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Seni Cinta dan keikhlasan

March 16, 2019 by dayang Leave a Comment

Alhamdulillah, kami dah sampai, Lapangan terbang Schiphol Amsterdam, dan melalui proses kastam, peringkat demi peringkat, Sistem sangat ketat dan setiap pegawai polis memakai pakaian lengkap siap dengan senjata di tangan. Pegawai polis disini tegap, kacak, tampan dan sado. Kemudian kami melalui kastam bertugas untuk cek pasport, Mereka mengucap “welcome” mereka menyukai rakyat Malaysia, selepas melihat jadual perjalanan, kami masuk untuk ambil beg.

Penat berdiri tadi, rasa nak ke tandas, siapkan botol macam negara sebelum ini Korea, kena standby botol siap isi air, selesai sahaja cari tempat untuk flash air, tak jumpa, rupanya jenis touch skrin, “wow”, canggihnya, tandas depa ni” memang jagun la waktu ni, tersenyum sorang -sorang.

Semasa menunggu, kenderaan yang ambik kami sampai, nampak satu replika epal yang cukup unik.

Terus terang, KLIA, memang terbaik, kemas cantik dan bersih, puji dalam hati, bangga jadi anak Malaysia, bisik hati kecilku. Sementara menunggu dah mula rasa lapar, tapi tak tahu nak makan apa, maklum la semuanya tak pasti halal atau tidak. Kemudian pemandu yang ditunggu dah pun sampai, terus kami keluar, dengan memakai baju sejuk.

Bila keluar sahaja, Ya Allah rasa beku, dah mulut masing-masing bila bercakap semua mengeluarkan asap, sejuknya, maklumla musim luruh nak ke salji masa ni adalah bulan Christmas, ” ibu sejuknya macam, nak turun salji ke?” kata anak akak. “agaknya kot”.

Semua beg dah masuk, kami naik untuk ke lokasi seterusnya, perjalanan ke Brussels Belgium, dalam perjalanan itu, kami baru tahu siang pendek dan malam panjang, Van Khas yang kita naik pun tidak boleh lebih 8.00 malam, mengikut undang-undag Eroupe juga tak di benarkan membawa lebih had laju, sekiranya lebih had laju mereka akan kena bayar denda, Paling special had laju mereka di control menggunakan satu sistem pemantauan dalam van atau bas dan tidak boleh di ubah, Wajib ada sekiranya membawa penumpang di negara mereka.

Terbayang kalau negara kira, macam ni pasti semua pemandu akan mengikut arahan dan kurangla kemalangan. Kami meneruskan perjalanan dan singgah di satu kawasan perhentian seperti R&R . Paling manis kami turun dan bergambar kenangan, Banyaknya kincir angin moden di panggil turbin-turbin angin jarak 1 kilometer antara satu sama lain kincir angin mengawal angin yang kuat dan menjana kuasa elektrik,

Perjalanan diterus untuk sampai ke Brussels, Belgium negara pertama yang wajib di lawati dalam senarai kerana terkenal dengan kesenian dan sejarah seni bina dan diantara keajaipan dunia, mula la rasa tak sabar untuk sampai, tetapi kami di uji dengan jem sana sini dan banyak jalan-jalan utama ditutup di sebabkan reformasi bantahan, mereka berkumpul dan menyebabkan jem. Mereka datang ke reformasi dengan menaiki basikal, dan paling ramai berjalan kaki.

Arahan pemandu kami, terpaksa turun dan suruh berjalan kaki di celah-celah orang ramai, kerana pemandu tidak boleh meneruskan perjalanan dan kena parking. Jadi kami bersetuju dan berjalan kaki menuju ke destinasi, melalui jalan dan pasar Christmas

memang cantik dan melalui pasar Christmas yang penuh warna-warni, jalan-jalan ini sangat licin kerana hujan renyai-renyai, dan kami semakin sejuk. kami berjalan dan berjalan sehingga kami jumpatempat makan kebab dan berhenti makan dahulu.

setelah kenyang, kami terus pergi ke satu kawasan yang tidak boleh dilupakan, inilah keajaipan dunia yang penuh dengan kesenian dan sangat cantik di Grand Place.

Wau, memang sangat teruja, dan SubhanaAllah cantiknya, hebatnya akal manusia, boleh mencipta bangunan ini dan berdiri megah tahun ke tahun, memang hebat anugerah yang diberikan pada pereka arkitek bangunan indah ini. Segala ukirannya seninya penuh dengan cinta, halus dan unik. Betul kata orang, untuk melakukan satu tugasan perlulah ada cinta dan keikhlasan , Baru ianya kekal di hati yang memandang. SubhanaAllah.

perjalanan diteruskan lagi ke Masjid di Brussels, untuk bersolat. Paling best negara ini penduduknya ramai orang islam anggaran 6% penduduk berasal dari seluruh dunia, ada bekerja ada belajar dan ada juga penduduk tetap, yang beragama islam.

setealah selesai solat, kami bergambar di kawasan persekitaran masjid sementara menunngu yang lain selesai solat. Cantik gambar selepas hujan dan warna musim luruh.

selesai semuanya kami terus balik ke kereta untuk pergi lokasi terakhir pada hari itu, Untuk sampai kami melalui semula dicelah-celah orang ramai yang berhimpun reformasi tadi.

Lokasi Akhir ini wajib kalau sesiapa pergi ke Brussles, Belgium ni dipanggil Atomium. Atomium ni berbentuk iron cyrstal sangat tinggi dan bulat sangat unik, kami sampai cuaca dah pun gelap waktu tu baru jam 6.00 petang dah macam malam hanya sempat bergambar, sebabnya kami kena segera sampai ke hotel sebelum jam 8.00 malam.

Selesai bergambar kenangan terus kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan , sambil rehat terfikir seni cinta dan keikhlasan itu penting, bukan senang nak lahirkan cinta, bukan senang nak lahirkan seni, segalanya lahir dari ikhlas, baru semua jadi nyata.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Mimpikah atau realiti
Next Post: Tasha sampai Paris »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme