• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Sedapnya ketam

March 29, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualaikum salam pembaca di hormati.

Hari ni akak nak share pasal ketam, ketam ni adalah makanan kegemaran anak-anak akak. Harga , ketam ni sangat mahal sekilo ada yang 30 ke 50 inggit jenis ketam bunga hanya dapat 2 ekor sahaja.Tapi sebelum membeli ketam, akak suka cium ketam wangi ka busuk ka, sebab kalau tak segar isinya akan lembik dan berbau, jadi tak sedap, dan akan di buang.

Makan ketam ni tak boleh selalu, sebab ikut bajet kita, selalu beli pun masa gaji, boleh la beli lebih sikit. Jadi bila kita membeli ketam, kita akan pastikan ketam tu besar, orang kata beli masa bulan mengembang penuh sebab isinya pun penuh, betul ke?

Jadi bulan tak penuh dan mengembang, pasti isinya ringan kan, ok tak semestinya, tapi selalunya mak mak akan pilih masa bulan mengembang penuh , paling penting pegang, kalau berat beratla isinya. Ada setengah orang suka telur ketam, macam akk kurang sikit.

Jadi akk nak share tip dari pakar masakan laut ni.

  1. Beli masa bulan mengembang penuh memang ada bezanya.
  2. Warna cengkerang biru terang lebih segar di bahagian sepit tu terutama ketam bunga.
  3. Angkat kalau berat, banyak laisinya.
  4. Belakang ketam tu cuba angkat kalau ketat nak buka segar la tu.
  5. Bau segar, macam bau air laut, kalau hayir tu tak perlu beli.
  6. Sebaik-baiknya mestilah cukup sifat, baru nampak segar.
  7. Pilih ketam betina, sebab banyak isi dan telur.

Jadi selesai memilih, kita kena siang ketam tu, Bismilah.. kemudian jangan lupa basuh dengan tepung untuk hilangkan bau hanyir. selesai kita basuh dan berselawat , buh kuyit dan garam. dan goreng,

Kalau Masak lemak cili api bahan ketam, cili api, kunyit hidup, santan, asam keping, dan boleh campur dengan kacang atau tomato. tak perlu pakai bawang, ni masak lemak cili api nogori sembilan. fuhh meletop.

Kalau masak sambal ketam, Bahan ketam, cili kering halia sikit, air asam jawa, bawang besar 4 biji, bawang lebih sedap, bawang putih 3 ulas, serbuk perasa dan masak sampai cili betul betul dah masak baru masuk ketam yang di goreng, fuhhh meletup.

Tak cuba tak tahu, jom kita makan ketam, nyum nyum.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Hargai isteri seadanya di sisi
Next Post: Tulip yang cantik »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme