Lokasi terakhir untuk di lawati kota Amsterdam sebelum pulang ke tanah air. “Jadi hari ini, kita beli la apa nak beli, esok nak balik dah” kata pemandu pak Lang,

Jadi masa di beri beberapa jam untuk berjalan-jalan sekitar Amsterdam. Sehingga si Tasha, ” ibu penat, jom cari tempat rehat, bu”. “ok, sat kita cari tempat yang selesa lepas selesai sat lagi.” kata akak.

Kedai pertama, singah di Hard Rock, untuk beli buah tangan yang dikirim, kemudian terus berjalan kaki sekitar lokasi yang menarik kat sini,
Terasa bangga sebab lepas pi Hard Rock, nampak pulak kedai salah seorang pereka tempatan berada di sini iaitu kedai kasut Jimmy Choo.


Udara memang tersangat sejuk, kalau bercakap memang ada sahaja asap keluar, tasha suruh duduk dan rehat penat berjalan dah katanya, sambil mencari lokasi rehat, nampak kawasan kanak-kanak sedang bermain ice skating.

Syoknya tengok mereka bermain-main, kita dah tersangat sejuk, mereka macam biasa, melayan kesejukan dengan seronok sekali. Kenderaan di sini tenang sikit dan ada keretapi lalu setiap 10 minit macam LRT, tapi lebih pendek untuk ke satu tempat, ke satu tempat.

dah sampai tempat merehatkan diri, sambil duduk-duduk datang sebahagian merpati, merpati di sini besar dan jinak-jinak.

kat sini yang bagusnya, setiap penjual akan bagi tau, makanan yang tidak boleh di jual kepada orang islam mereka akan bagitau.
Hilang penat melihat kecantikan sambil jalan-jalan sekitar Amsterdam musim Luruh ni, terasa satu hari nanti nak pi musim lain pulak.

ini salah satu kawasan yang hijau padangnya dan sangat cantik, mereka bermain-main di sini, lokasi di sini macam Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Amsterdam memang cantik. Kenagan ini akan bersemadi di dalam minda, alhamdulillah impian menjadi kenyataan. Sesungguhnya impian itu adalah angan-angan yang kita reka, pasti menjadi realiti bila kita usahakan, inshaaAllah.

Selamat tinggal Amsterdam.
Leave a Reply