Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila anak dah besar, banyak yang mereka tegur, bila ibunya bersiap, dari hujung tudung hingga hujung kaki, dari tudung warna apa hinggalah cara bermake up. Segala-galanya di perhatikan, Walaupun badan semakin naik, ada sahaja idea dan kata anak membuat kita bersemangat selalu.

“Ibu, ada dinnerkan kena la cantik ibu”, mereka tanya tema apa, mereka check google tentang tema dan kesesuaian make up dan pakaian, Alhamdulillah anak dah besar, kata hatiku. Dulu mereka masa mereka kecil, mereka ku dandan, dan selalu ikat tocang 2, sekarang bila mereka dah besar, aku pula yang kena dandan.

Sehingga menghantar dan menunggu dengan sabar hingga selesai dinner, mereka dah pandai bawa kereta, sendiri Ya Allah, anak dah besar, abah pun tak perlu hantar ibu, semua anak yang bantu tolong hantarkan ibu hingga depan pintu, balik pun anak ibu ambikan.
Masuk sahaja dalam kereta mereka pun bertanya, best ke ibu? , makan sedap tak ibu?, apa cerita ibu? aku pun bercerita semua tip top, dan banyak motivasi kejayaan tentang Fasa dan kejayaan demi kejayaan. Sambil minum air suam dalam kereta, aku teruskan leteran lagi.
“Ni Q1, sambutan kejayaan bagi mereka yang 3 bulan pertama memberi 100 % komitment untuk berjaya dan mengubah dari dulu susah sekarang dah senang, dari mula tak tahu nak buat, sekarang dah berjaya nak buat, anak ibu pun boleh, hanya dengar cakap ibu, jangan duk celah ketiak je, kena jumpa kawan-kawan hebat ni belajar cara mereka buat kerja.”

“Setiap orang akan berusaha sikit-sikit contoh kalau dia dapat membantu 3 orang, kita kena cakap tahniah satu pemulaan baru, teruskan, jadi dia berjaya dan dia buat lagi 10, tetap cakap yang sama, tahniah satu pemulaan baru teruskan dia buat lagi 15, cakap yang sama lagi tahniah satu pemulaan baru, teruskan.”
“Apa tu ibu, sama semuanya” ,”ialah semua orang ada fasa kejayaan, maksudnya kita tidak boleh duduk dalam selesa, sentiasa kena upgrade hari hari, sebab setiap hari itu adalah pemulaan kejayaan kita, bukan stop, kita cipta sejarah sendiri, dan jadikan setiap hari itu satu pemulaan baru dan teruskan, paham tak”

“bukan duk termenung, malas, makan, tidur, nga nga je hari hari tak tahu tak nak tanya, lepas tu berhutang pulak, pantang ibu, ilmu ada je depan mata tapi tak nak kejar, sapa yang susah diri sendiri jugak, betul tak, nak berjaya tak susah, tak nak berjaya pun boleh, pilihan tu ada ditangan kamu, jadi ibu doakan anak-anak ibu always berjaya dan berjaya setiap hari,” inshaaAllah”
“betul ibu, takbir!”, itu lah sharing aku dengan anak-anak , aku semakin hari semakin muda, semoga mereka ini terus mengembangkan impian ciptaan mereka satu hari nanti. Amiin.
Setiap hari adalah pemulaan baru, dan teruskan.
Leave a Reply