Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa itu penyelamat kepada mereka yang sentisa berfikir dengan tindakan dan kepantasan, Tapi bila kita dapat sesuatu ilmu kita, buat kat diri kita, bila berjaya kita akan kongsi idea tersebut dengan hati terbuka, tidak kira sesiapa sahaja.

Tahukah kamu?
Setiap idea yang kita dapat, kita nak bantu orang lain happy macam yang kita rasa terutama orang terdekat dan tersayang. Tetapi, belum tentu lagi, dia nak buat apa yang kita cadangkan, kerana merasakan diri lebih bijaksana.

Itulah kesilapan setiap orang ada keegoaan sendiri, yang merasakan mereka lebih bagus dari yang lain, tampa sedar memakan diri sendiri, dengan tidak bekerja dan menyalahkan orang lain.
Ubah dan terus buat
Beruntung kepada orang yang menerima ilmu, tanpa berfikir panjang dan terus buat, dan menyusun strategi untuk berjaya dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Selalunya pemberi ilmu ini, dah bagi ilmu kita sebagai pendengar setia kena salin, catit dan buat tanpa jemu.

Mengapa orang tidak boleh terima.
Pernah ditanya mengapa dan kenapa tak berminat nak buat, jawapannya iaitu “saya tidak suka orang berlagak, sombong dan suka menunjuk-nunjuk dalam kerja tersebut, saya juga tidak suka duduk dalam booth setempat seperti anjing menyalak bila nampak orang dan saya tidak suka kerja yang banyak bercakap”

Ada juga yang bercakap “susah dan bukan senang nak buat, kamu boleh la, kamu power”
Ada juga yang bercakap “kamu ada kereta, ada duit banyak boleh la buat, saya tak ada dan saya masih malu”

Ada juga berkata “panas la kerja macamni, saya nak duduk dalam suasana sejuk, nyaman dan selesa”

Tapi yang peliknya, kalau dah tidak suka, cari satu kerja yang menyenangkan dan bukan membebankan orang lain dan suka meminjam, meminta-minta sampai kikis duit isteri anak-anak mahupun ibubapa, dengan alasan “awak tak boleh melawan, syurga dibawah tapak kaki saya, kalau saya tidak bagi awak kerja, awak tak ada kerja tau”

Kebanyakan isteri akan pasrah dan redho, tapi “power of doa” itu yang banyak membantu kekuatan demi keluarga dan anak-anak.
Kejayaan mereka ini baru bermula
Setiap yang mendengar kuliah atau majlis ilmu itu mula menyalin, mula bertindak dan buat aktiviti akan nampak kejayaan itu dalam masa 3 atau 5 tahun akan datang, Mereka ini menjadi pendengar setia dan menjaga masa dengan baik.

Kalau kita perhatikan semua orang yang senang dan kaya itu, semuanya bermula dengan usaha tulang 4 kerat dan menggelak dari penyakit “MALAS” & “KUAT TIDUR” yang boleh menguasai diri bila-bila masa sahaja, sebab tu kita diwajibkan kosisten melaksanakan solat sunnat Tahajud di sepertiga malam dan ketika itu bermunasabah dan berfikir untuk diri sendiri, ketika itu sunyi sepi dalam kegelapan malam.

Ketika itu kita mulakan bicara dengannya dan air mata mula mengalir menunnjukan kelembutan jiwa kita sebagai hambanya. Kita akan berserah 100% dan setiap “power of Doa” itu akan bercahaya dalam diri dan menjadikan kita semakin diperlukan dari hari demi hari.

Menjadi luar biasa ini, tidak semudah yang kita fikirkan, kita kena banyak berjumpa dengan orang hebat dan banyakan diam dalam perkongsian ilmu darinya, tidak kira beliau ini muda remaja dan sudah berumur dari berbagai bangsa dan agama.
Nak berjaya kena pilih orang berjaya
Sebenarnya teori ini ada benarnya, tetapi kita sebagai hambanya kena memahami konsep manusia yang nak berkawan dengan kita disebabkan ilmunya tiada, dalam perkogsian kecil itu boleh membantu kejayaannya tanpa sedar, menyebabkan pertambahan ilmu, dan kita semakin naik dan dimuliakan olehnya. contoh kita akan dapat ilmu baru setiap masa tanpa kita sedar kita akan merasa ramai orang akan bertanya kerana “asbab atau pilihan” yang diperintah darinya.

Bukan senang nak Senang
Setiap orang ada impian kecil di lubuk hatinya, tidak kira perempuan atau lelaki, kita pasti nak mencapainya. Jadi pilihan kita tiada yang lain melainkan “USAHA & BERTINDAK” kalau tiada mustahil kita boleh dapatkan kesenangan tanpa usaha bertubi-tubi.

Carilah punca kamu gagal pasti kamu berjaya selepas menyelesaikannya, semoga lebih cemerlang dan berjaya.
Leave a Reply