Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca di hormati.
Tiba-tiba teringat kisah kesusahan dan kepayahan orang kurang upaya bekerja, Kerana kehidupan yang susah, mereka terpanggil untuk bekerja demi insan tersayang.
Akak rasa sangat sedih, mereka bekerja dengan sungguh hati, tampa memikirkan kekurangan angota tubuh badan mereka.

Pernahkah kita berfikir, bahawa kita cukup sifat tapi mengapa masih lagi malas untuk berusaha, malah melepaskan tanggungjawab itu pada isteri, ibu bapa dan adik beradik, Kita meminta simpati dari orang lain.
Kadang akak tertanya tidakah kamu merasa malu?, Kadangkala isteri atau ibu bapa tak nak bercakap panjang lebar, tapi kamu diberi akal dan fikiran mengapa tidak mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Mengapa buat bodoh, seolah olah tidak berlaku apa-apa. Tahukah kamu mereka telah banyak kali mengadu kepada kamu mengenai “kepenatannya” dia mengurus dan mentadbir semua perkara dari ada hutang sehingga tiada hutang.

Pernahkah kamu fikir, bagaimana orang di kalangan kurang upaya sangup meredah hujan panas, untuk mencari rezeki, mereka ini sangat malu, sebab mereka sedar Allah memberi ujian supaya kita sentiasa bersyukur dan mereka berusaha untuk mendapat hasil dari air tangan sendiri.

Kita yang cukup sifat masih menghambakan isteri, ibubapa dan adik beradik untuk meminta simpati, bila tidak ada duit kamu minta pada mereka, dimanakah malu kamu?

Pada zaman hari ini ramai wanita bekerja sungguh hati untuk keluarga tersayang, bak kata Allahyarham P.Ramlee, Jarang jarang nampak suami yang setia pada pasangan, suami perlakon, ada suami yang curang, ada suami yang malas, ada suami yang tak ambik berat hal dan tanggungjawqb pada keluarga dan anak anak. Ada suami yang kuat tidur.
Jadi sekiranya kita ada perkara sifat dan perangai seperti itu, segera ubah dan renungkan sahabat sahabat kita yg kaya dan berjaya, walaupun mereka dikategeri kurang upaya.

Jadi “Malu itu sangat penting, kerana Malu itu menunjukan Iman seseorang” jadi selagi kamu bernafas “jangan malas” berusaha untuk yang tersayang bersyukur sebab kamu cukup sifat.
Leave a Reply