• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Lipat kain bukan minatku

March 6, 2019 by dayang Leave a Comment

Aminah tidak suka lipat kain, sampai terfikir, untuk beli mesin lipat kain, serba canggih, tapi bila dia mengadu pada suaminya, pasti bergaduh, Ahmad tak suka dengar isterinya berleter dan berleter pasal perkara remeh temeh.

Bila sahaja Aminah naik angin, kemalasan untuk melipat kain menjadi-jadi, habis semua kain-kain di lemparkan ke dalam bilik, sampaikan setiap kali Ahmad nak mencari baju, spender untuk bersiap ke tempat kerja, terpaksa menyelam ke dalam kain baju yang bertimbun.

Begitula rutin harian, kalau Aminah naik angin, sampai kain-kain pun naik habuk, dan berbau,. Ahmad semakin hari semakin pening, dan janrang balik awal. Sehingga melepak di Kedai Kopi bermain Dam, syok lagi bermain Dam dari balik rumah berleter dengan isteri.

Ahmad, langsung tidak ambik kisah apa perkara yang berlaku, dalam rumahtangganya. Langsung tak ambik kisah masalah kepenatan Aminah yang menjalankan kerja harian seperti biasa, hanya lipat kain sahaja dia tidak suka.

PERCERAIAN

Sehingga, Aminah memohon perceraian, Berat sungguh, kes lipat kain menjadi isu yang makin membesar. Ahmad teringat kembali dan mula tersedar, kasih sayangnya pada Aminah 5 tahun dulu masih mekar, mustahil untuk aku bercerai, Ahmad cuba menyelamatkan perkahwinannya yang nak masuk hampir 6 tahun, tidak akan di persia-siakan.

Banyak kenangan manis mereka berdua, Ahmad mula teringat satu demi satu, sehingga dia membuat keputusan untuk menjaga hati Aminah dan memohon maaf dan membeli apa yang Aminah inginkan sehingga 3 penapis udara berjenama untuk keselesaan Aminah, siap sekali pewanggi dalam setiap bilik.

Aminah masih juga ingin bercerai, kerana sikap bermain dam dan melepak masih lagi Ahmad ketagih. Walaupun Ahmad dah memberi segalanya Aminah masih lagi marah dan berleter.

MULA BERUBAH

Aminah bangun dari tidur dan melihat rumah sudah bersih dan wangi, kain yang bertimbun telah siap disusun dalam almari di setiap bilik. Masalah kes lipat kain, dan bermain dam tidak lagi berlaku, Benar Ahmad dah berubah bisik hati kecil Aminah, Aminah ke dapur sarapan dah pun disiapkan, tetapi Ahmad tidak ada, mungkin bekerja tetapi hari ni kan Minggu.

Ahmad pulang, dari kerja pada petang itu, di sambut dengan kemanjaan Aminah, dan Aminah terus memohon ampun dan maaf, Ahmad juga memohon maaf, dan kerana rumah bersih kemas dan wangi, Aminah tidak lagi berleter, dan sentiasa rajin mengemas rumah, hanya lipat kain sahaja Ahmad yang lipat. kehidupan Ahmad dan Aminah semakin bahagia, walaupun belum dikurniakan cahaya mata, sesungguhnya penapis udara berjenama itu banyak juga membantu menaikan seri dalam bilik dan sentiasa memberi udara segar,

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Dimana suaraku selepas minum kopi
Next Post: Karipap »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme