• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Komitment atau cash itu pilihan

April 13, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca dihormati.

Anugerah bekerja paling istimewa ialah mempunyai banyak duit dan beli apa yang diinginkan mengikut hawa nafsu tanpa sedar hutang mula meningkat, kerana mengikut mulut orang, ” kau dah ada duit, naik pangkat elok la pakai kereta besar, rumah yang selesa. Jangan bazirkan duit kau tu” kata kawan-kawannya.

Suara halus itu bermain-main dalam pemikirannya, “bagus juga kalau beli dan pakai kereta besar ni, nampak sikit usaha aku selama bekerja ni, kalau tak orang tak percaya boleh buat pernambahan dalam team aku ni” kata Hassan bukan nama sebenar.

Hassan pun mula membeli kereta dan rumah yang besar, dan bank pun lulus harga rumah hampir 1 juta dan keretanya hampir suku juta, Hassan bangga namanya di gempar-gempurkan di syarikat tempat beliau bekerja selama 5 tahun itu. Isteri, anak-anak dan keluarga juga sangat berbangga apa yang suaminya ada sehingga ada yang naikan status dalam media sosial.

Hassan telah ada komitment baru yang terikat selama 30 tahun untuk rumah dan kereta selama 9 tahun, dan bayaran bulanan hampir 7 ribu sebulan ini belum termasuk creditkad bil-bil api, skim untuk anak buahnya lagi. Hassan siapkan setiap bulan sebanyak RM 10,000 dan simpanan RM 5000 , Hassan yakin beliau mampu membayarnya, sekiranya beliau mengamalkan jimat-cermat, gaji beliau dapat setiap bulan rm 20,000, beliau yakin akan menaik setiap bulan.

Beliau bekerja dan bekerja bersungguh hati, sehingga beliau di uji, Masuk sahaja tahun ke 5, Kemerosotan dalam bekerja berlaku beliau mula merasa “kepenatan” dan gaji lumayan itu mula menurun dan semakin menurun. ‘Nasib baik ada simpanan” bisik hatinya.

Masuk sahaja tahun ke 6 , mula la rumah dan keretanya sangkut bayaran bulanan. “aduh, macamana ni, dah la hutang 30 tahun, mana aku nak cari duit lagi ni, anak aku masih kecil lagi”

Hassan mula termenung, dan memikirkan nasib diri “andaikata aku tak mendengar kata kawan-kawan aku, tak jadi aku seperti ini” beliau menagis dan mula menyesal”, tapi nasi dah jadi bubur, beliau kena juga mencari duit sehingga 10,000 ke atas setiap bulan untuk melangsaikan semua hutang dan komitment bulanan yang dilakukan.

Satu hari beliau berbincang dengan isteri untuk berpindah, dari villa ke rumah yang kecil. Isteri dan anak-anak tidak boleh terima sama sekali, mulalah terjadi pergaduhan sehingga melibatkan perceraian rumahtangganya.

Hassan terlalu sedih memikirkan dari beliau tidak ada hutang, terus beliau menjadi bankrup dan keluarga tiada di sisi, malahan untuk pergi keluar negara, hanya cerita impian sahaja, Ahirnya Hassan yang kaya raya ini tinggal di kampung rumah pusaka ibunya. Dahulunya rumah itu sangat usang. Menyesal Hassan tidak gunakan duit itu ke rumah kampungnya.

Andai kata beliau mengikut kata hatinya untuk menjaga simpanannya pada peringkat awal pasti beliau tidak jadi seperti ini, anak dan isteri semua hilang, di sebabkan kemewahan dunia yang sementara.

Beliau sangat gembira, melihat anak dan isterinya berjaya, tetapi apakan daya sudah bercerai, isterinya pun sudah berkahwin baru disebabkan keegoaan dan kesombongan kerana pernah memukul isterinya ketika di villa indahnya dulu, disebabkan pulang lewat kerja, leteran isteri boleh dikatakan setiap hari dan kecurangan dirinya tampa sedar, menyebabkan mereka bercerai.

Hassan sekarang lebh baik dari 10 tahun yang dulu, rahsianya di simpan rapi, tidak mahu membuka cerita kesedihan dan kesombongannya. Beliau bekerja dan membersihkan masjid di ulu kampung, tiada siapa mengenalinya kerana sentiasa bersongkok dan orang kampung tidak tahu beliau pernah menjadi sebutan dan jutawan luar biasa dahulu kala.

Kisah ini adalah kisah benar, yang di ceritakan oleh Pak chu akak beliau seorang iman dikampung tersebut, yang mana beliau berpesan belilah semua dengan “cash” jaga keluarga kerana dunia ini hanya untuk sementara sahaja. Walaupn banyak duit, tak perlu wawarkan, simpan atau buat pelabuaran dan bantu orang yang susah, tanpa orang kenal sapa yang bersedekah itu.

Beliau bersambung lagi, Bersabar itu penting, hebat manapun kamu tetap diuji dengan harta dunia yang menjadi bahan bakarnya nanti. Jadi fikir-fikirkan, Jangan main boli je, kang menyesal tak sudah, Tak ada sapa nak tolong awak de. Kata pak chu kepada semua yang hadir.

Marilah kita berpesan-pesan pada diri kita dan keluarga kita, selagi kita sihat, kita mampu marilah kita buat yang terbaik untuk diri dan keluarga, kalau nak beli pun berbincang dengan betul. Bukan ikut orang.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Malas itu kecacatan sebenar.
Next Post: Kakak lapar Burger »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme