Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gaji adalah hari penting untuk semua orang , atas usaha sebulan bekerja terkumpul lah duit gaji impian bila dah dapat gaji yang telah di tolak dengan KWSP dan SOCSO adalah balance untuk simpanan.

Bilakah kita dapat gaji pertama? Aku mula dapat gaji pertama semasa umur aku 17 tahun semasa menunggu keputusan SPM aku, bekerja sebagai juruwang di sebuah supermarket JOY di Brickfield Kuala Lumpur. Masa itu aku terima sahaja gaji berapa sahaja kerana aku ingin mencari pengalaman bekerja.
Aku di pilih oleh Aunti Lim untuk bekerja sebagai juruwang, kerana penampilan aku, mereka tidak benarkan aku buat kerja berat, hanya duduk di counter dan menerima bayaran pembelian. Aku mengikut sahaja kata-kata Aunti Lim, Seorang Nyoya yang sangat mementingkan Disiplin, aku di ajar tentang penggunaan mesin duit, Pastikan duit tidak hilang,
Aku masuk kerja jam 8.00 hingga 6 petang, selesai sahaja tugasan Aunti Lim akan buat sportcek, takut aku curi duit, katanya, Aku ikutkan sahaja, Sebab bahagian juruwang memang wajib kena sportcek kata Aunti Lim.
Satu hari masa menunggu, aku didatangi abang-abang keturunan India, beliau nak beli air di belakang aku, aku kata tak jual, terus aku panggil Aunti Lim untuk bantu, sebab air di belakang aku tu, Aunti Lim memang sentiasa kunci, dan beliau sahaja yang boleh ambik dan bawa keluar.
Aunti Lim ambik dan kira macam biasa, Setelah Aunti Lim masuk ke dalam, Abang India tu pada aku, “adik tahu tak itu belakang air apa, ini air tak baik jual berdosa tau, Orang Islam tak boleh jual dia kata Subahat, betul tak abang cakap ” Aku terpinga-pinga sebab memang aku tak tahu, rupanya itu air arak, sungguh aku tak tahu itu air arak, dan harga sangat mahal. Aku ingat botol-botol hiasan, padan la Aunthi Lim tak bagi aku pegang.

Selepas kejadian itu, aku mintak berhenti kerja kepada Aunti Lim,Aunti Lim tak mau lepaskan sebab dia kata you tak perlu pegang, you panggil kita kasi itu barang jual. Aku pun bagitau, Aunti Lim, aku nak sambung belajar, Aunti Lim terus menerima perletakan jawatan aku.
Dengan gaji RM 300, yang aku terima, aku dapat pengalaman baru, bahawa rakyat Malaysia ini sangat perihatin dan memahami Agama Islam dan menghormati dan berpesan-pesan antara satu sama lain. Aku bersyukur itu la gaji pertama dan terakhir aku terima dan kerja pun tak sampai sebulan.
Itu la pengalaman dalam sejarah hidupku pertama kali bekerja, Selepas itu aku mencari kerja lagi, tapi tak diterima kerana belum cukup 18 tahun, tahun tu 1993, selepas umur masuk sahaja 18 tahun, aku diterima bekerja, selepas temuduga mengikut pengalaman juruwang aku di terima bekerja di Mcdonalds, juruwang adalah kerja yang banyak gaji dari yang lain, pada zaman itu.

Aku pun bekerja selama 6 bulan merasai keseronokan bekerja dengan ramai kawan-kawan melayu, dan makan mcdonals setiap hari percuma dan setiap hari aku di suruh balik masa closing untuk cari duit lebih masa, aku menikut sahaja balik jam 2.00 pagi, selalunya mak dan ayah akan menunggu aku seperti biasa. Gaji di sini aku dapt RM 600.00 sebulan, bagi aku tinggi.
Juga tak lama, tapi aku gembira kerja di mcdonalds banyak mengajar aku dalam kepantasan bekerja dan mempunyai ramai kawan, paling best aku menerima award juruwang terbaik dan sentiasa dapat bintang dan hadiah jam tangan dari Mcdonals, Aku sangat gembira.
Kemudian aku menerima tawaran bekerja di sektor kerajaan kontrak, di Institut Pengajiaan Tinggi Universiti Malaya, sebagai pembantu penyelidik dengan gaji pemulaan RM 400.00 sahaja. Atas arahan mak suruh bekerja di situ, nanti lama-lama ada pencen. aku pun ikut dan bekerja di situ selama 2 tahun. Jiwa aku tak boleh nak bekerja, sebab kenaikan setahun RM 50.00 sahaja, Aku bagi tahu mak, aku nak berhenti, yang paling penting aku ambil pengalaman bekerja.

Mak aku setuju, dan aku bekerja lagi di bawah naugan Dato Hassan Ali, di situ banyak lagi pengalaman aku terima dengan orang-orang hebat mengenai audit dan menulis buku disni gaji aku anggaran dalam RM 600.00 sebab dia swasta. Aku menjadi Fasilitator dan menjaga kanak-kanak untuk progam “summer Camp”
Selepas itu aku berhenti kerana sambung belajar dalam kursus pelancongan, selepasa belajar aku di terima bekerja sebagai seorang kerani tempahan tiket bahagian Domestik dalam negara, aku dapat pengalaman baru dengan gaji RM 700.00. Kemudian aku dapat lagi tawaran untuk bekerja di Malaysia Airlines System, sebagai kerani bahagian Akaun dengan gaji RM 750.00. Terlalu banyak pengalaman di MAS.

Apapun aku bersyukur dan bersyukur, dari pengalaman kita banyak belajar dari sedikit gaji hingga setinggi gaji, Hidup ini tiada rehat, selagi kamu mampu bekerja, kerja lah.
Hari ni aku menaip mengikut separuh pengalaman aku bekerja, kalau ikut sejarah sebenar aku dah bekerja dari darjah 2 mencari duit sendiri. apapun paling penting bersyukur dan bersyukur.

Pesanan aku selagi kamu masih bernafas dan ada pegang Amanah, teruskan berimpian dan capai impian itu, inshaaAllah pasti kamu berjaya satu hari nanti.
Leave a Reply