Assalamualaikum dan salam sejahtera.
“Syoknya awak pi sana pi sini?,” ” Alhamdullah, syukur rezeki darinya” itulah yang kita nampak pada seseorang itu, dan kita rasa bangga melihat kejayaannya, yang dahulunya beliau seorang yang biasa-biasa sahaja.
Rezeki
Rezeki yang pertama adalah diri sendiri, sayangi diri sendiri, Bangun sahaja waktu pagi, kita bernafas, alhamdulillah, sihat terus berdoa. Rezeki mata boleh melihat, rezeki telinga boleh mendengar, rezeki angota tubuh badan yang boleh bergerak itu la rezeki yang pertama sayangi diri sendiri.

Bila kita sedar, setiap orang ada anugerah istmewa pada dirinya, Bila mana beliau menggunakan anugerah itu, bertambahlah rezekinya, contoh lapar, bila lapar kita berusaha untuk dapatkan makanan dengan cara usaha, contoh berkebun, bertani, nelayan dan memasak.
Selepas itu, kita mula berusaha untuk bekerja untuk mendapat duit, untuk membina rumah tangga dan kebahagian keluarga kita dengan usaha yang bertubi-tubi dan mencari keberkatan.
Setiap usaha dan ikhtiar yang kita lakukan kita akan berserah kepada yang maha esa untuk dapat approved, kalau lulus barokahlah rezeki tu,

Macamana kita nak tahu rezeki itu barokah ? selalunya bila kita melakukan dengan niat yang betul, jalan yang betul rezeki itu akan cukup untuk satu keluarga, malah melimpah ruah lagi, barokah lah rezeki itu.
contoh 1
Ada orang mendapat gaji RM 275.00 untuk makan sebulan, beliau menggunakan duit itu dengan cara yang betul bagi pandangan dirinya, RM 100.00 untuk ibunya tapi beliau masuk main “kutu” simpanan selama sebulan RM 50.00 selebihnya untuk keperluan anak-anak dan makan, Makanan hanya beli beras kicap ikan bilis dan sayuran. Beliau adalah guru Tadika mengajar separuh hari, dan disayangi pelajarnya, kerana sifat ikhlas mengajar.
contoh 2
Ada yang bergaji 2,000, bagi mak,ayah, isteri dan anak-anak sangat berkira-kira, membeli barang yang tidak perlu, berbelanja ikut nafsu, Lepas tu suka meminjam dan berhutang, cukup bulan sudah tidak ada duit dan buat pinjaman kepada mak,ayah, isteri dan paling buruk kacau duit tabung anak-anak tersayang.
contoh 3
Ada yang bergaji RM 2000 tapi beliau menggunakan dengan cara yang betul, ada simpanan, beri pada mak, ayah dan anak-anak, bersedekah dengan tidak menunjuk-nunjuk. Beliau utamakan diri, untuk membuat penambahan rezeki dengan mambantu kawan-kawan menjual burger, lap meja, mengemas masjid, mengemas kubur, mengemas kawasan rumah dan nampak sampah terus kutip dan buang tak berkira-kira dan menunggu ada yang buangkan sampah.
contoh pertama dan ketiga adalah orang yang paling beruntung kerana mereka dinilai setiap ketika di uji hatinya dan setiap rezekinya akan di balas bertimpal-timpal, Mereka juga diberi ilmu, diberi pertolongan dengan kadar segera bila mereka perlukan,
Golongan ini memang ramai untuk kenali mereka ini kita akan nampak dari senyumannya, sentiasa bersyukur tidak menunjuk-nunjuk, tidak sombong, malahan sentiasa berada dalam kesabaran yang sangat tinggi.

Mereka ini sangat menjaga bab rezeki, menjaga pertuturan, menjaga mata, menjaga telinga, menjaga gerak laku dan menjaga sumber rezeki yang mereka dapat itu melalui kejujuran dan ikhlas hati, sebabnya mereka tahu semua yang masuk dalam mulutnya dan keluarganya adalah menjadi darah daging.
Golongan ini juga sangat mementingkan segera selesaikan hutang, kerana sekirannya mereka ada hutang, mereka tahu kemurkaan Allah dan kemarahan yang memberi hutang.
sebab ada hadis mengisahkan tentang hutang.



Sebab itu kita dapat melihat orang kaya ini adalah yang suka menderma, memberi pertolongan dengan ikhlas hati, kerana mereka tahu, akan dapat lebih lagi dari yang maha esa, Jangan pertikaikan perkerjaan yang mereka buat, kerana mereka ini tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Jadi jangan sesekali kita lupa pada tanggungjawab yang kita pikul pada hari ini adalah amanah yang sangat besar dan pendidikan tampa sedar.
Leave a Reply