Alhamdulillah disahkan mengandung, adalah hari yang paling bahagia bagi setiap ibubapa termasuk mertua, ditatang penuh kasih sayang oleh suami dan makanan yang sihat adalah untuk baby dalam kandungan. Semasa dalam kandungan lagi, baby mendapat kasih sayang,

Saat yang ditunggu pun tiba, kelahiran bayi pertama selamat dan sambutan gilang gemilang termasuk akikah di adakan, kambing golek di hidangkan, sangat meriah.

Penyeri rumahtangga, dulu tak ada anak sekarang dah ada anak, meriah rumahtangga mereka berdua, semakin hari si anak semakin membesar, ibu pun mengandung lagi anak kedua, “kak long dapat adik dah,” kata ibu pada anak sulung yang masuk empat tahun yang tidak tahu apa-apa.
“dah besar anak kita, nak masuk sekolah sudah” kata si isteri pada suaminya. Mereka pun mula mencari sekolah baru untuk anak tersayang. ‘Kak long , papa cari sekolah kak long belajar pandai -pandai tau” anaknya tersenyum dan mula bertanya dengan pelatnya , “papa, setolah tu apa,” semua detail papanya terangkan sehingga anak kesayangan paham dengan jelas, sehinggala sampai ke sekolah.

mula la si anak seronok, hari demi hari ke sekolah, degan gembiranya, pada satu hari si papa kereta rosak dan kena tarik, jadi papa menghantar anak ke sekolah seperti biasa dengan menaiki motosikal, malangnya anaknya tiada helmet. Papa lupa keselamatan anak tersayang.
tampa sedar berlaku kemalangan kecil dimana anak tersayang telah jatuh dan menyebabkan kepala terhantuk dan berdarah, di sebabkan kecuaian papanya. Terus di bawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Pentingnya ada Helmet Dr Zulaini memberi pesan, , “en tahu tak berapa ramai hari ini ibubapa tak ambik kisah mengenai keselamatan anak-anak, semua buat sambil lewa, en kena ingat kisah mereka masa kecil ini adalah amanah, jaga mereka, jaga keselamatan mereka, sekarang terlalu banyak kes melibatkan kanak-kanak, akibat kecuaian ibubapa”. papa menggaguk dan menagis mendengar nasihat dari Dr Zulaini.

Kak long nagis setiap hari, “papa akit, papa akit” papa hanya menagis melihat kak long kepalanya sedang berbalut.

“maafkan papa, papa menyesal, maafkan papa” sambil memandang wajah kesayangan anaknya.
selepas sebulan, Kak long dah sihat sepenuhnya dan tidak ada perkara yang berlaku kepadanya, “alhamdulliah kak long boleh pergi ke sekolah dah”, kata Dr Zulaini. Kak long diam aje, mungkin teringgat kisah jatuh yang menimpa dirinya.
Kak long, nak pergi sekolah, jumpa kawan kawannya, sekarang kak long dah ada helmet baru, kak long lebih gembira, kak long dapat Helmet pink.

kegembiraan anak terserlah dan papa dan mama lebih gembira, melihat kak long boleh naik motor, dan gembira pergi ke sekolah seperti biasa.

Jagala anak anak tersayang, mereka adalah amanah paling istimewa.
Leave a Reply