
Alhamdulillah, hari ni nak makan karipap gak, terasa rindu sangat, nak buat karipap sendiri, sebabnya kalau beli tak sama rasa, ada yang isi tepungnya tebal, bila makan rasa tepung intinya sikit ada sekali tu bila makan bawang yang banyak kentang tak ada langsung dan pernah sekali beli inti pulak basi.
Ok la , kita buat sendiri je la, hari ni akak nak buat karipap mengunakan udang gagau, suami dan anak pun dah tanya, ” ibu, buat karipap yee, gindula karipap ibu, nasib baik ibu dah jadi penulis ni, hahaha, ada masa nak masak karipap.” si abahnya gelakan, “macamana tak gelak, siap ambik gambar, kakaka” kata abahnya.
“apa sajala hang nak kata, yang penting karipap cek siap” terus akak masuk dapur dan menyediakan bahan- bahan utama, Dengan lafaz Bismilah… akk mula mencari bahan utama sapa nak tau rasanya boleh buat sendiri.
Bahan -Bahan Intinya, 5 ketul kentang , 3 ketul bawang besar, 4 ulas bawang putih , 3 biji cili merah, udang gagau suku mangkuk di bersihkan betul betul, dan daun rempah sebagai perasa, ( kalau ada daun kari pun boleh) semua bahan ini mesti di basuh bersih dan selawat.




Bahan kering, perasa ikan bilis, sesedap rasa, gula, minyak dan rempah kari selepas itu kentang mestilah di potong dadu, dan bawang besar, bawang putih cili separuh udang di mesin bersama.


Selepas itu, kita boleh mula masak inti karipap, pertama kita panaskan minyak dan masukan semua bahan


Bila dah sekalikan masukan air coway campur, dengn kentang dan kacau.

terus masak dan kacau hingga betul- betul empuk, dan selepas separuh masak bubuh serbuk perasa, garam, gula, sesedap rasa, dan daun rempah.

Selepas selesai masak inti, boleh la kita mulakan membuat kulitnya, bahan-bahannya , sediakan tepung gandum campurkan dengan minyak masak yang panas untuk menjadikan kulit karipap itu lebih rangup dan kemudian di uli dengan air garam.









Alhamdulillah siap sudah karipap dan boleh di hidangkan dengan air Kopi “O” atau teh “O” jadi boleh la mencuba, dan paling best penggunaan air coway menjadi karipap ini lebih sedap.
Selamat mencuba!
Leave a Reply