Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pening kepala, berdenyut-denyut, sakit kepala mula terasa, aku mula rasa ingin rehat buat selamanya, Oh! tidak, banyak lagi susunan kerja yang aku perlu lakukan, kalau aku tidak buat, sapa pula yang nak buat kerjaku ini.
Jadi bila kita dah melangkah kita terus sahaja melangkah, dan serah semua pada yang maha esa, sampai masanya, segalanya akan berlaku.

Jom Ubah Diri
Baca buku motivasi diri, dan cari kekuatan dalam diri yang tersebunyi, Lepas baca releks sekejap.
Menulis
Tulis dan rangka susunan yang perlu di buat agar tersusun cara kerja kita dengan baik. Menulis membuatkan kita banyak berfikir dan mencari idea baru.

Dream
Susun semula impian kita satu demi satu, agar kita terpesona dan mula berangan-angan.

Bertindak dengan Masa
Terus bertindak dan mula dengan pantas, jangan menunggu, Masa itu kita kena ambik setaip jam dan kira 1 minit yang kita usahakan bernilai berapa RM sehari.

Berfikir sebagai seorang jutawan
Tidak perlu, membazir duit, ukur badan sendiri, kumpul simpanan untuk pelaburan yang lebih memberi kesan untuk jangka panjang dan jaga diri dari sifat yang suka menunjuk-nunjuk.

Rahsiakan Strategi diri
Setiap strategi yang ingin kita lakukan, rahsiakan dahulu, dan buktikan pada diri sendiri dahulu agar menjadi satu akar yang kuati
Renungi sejarah silam
Ingat kisah silam kita, tanpa sejarah itu kita tidak ada pada kejayaan hari ini dan kekalkan momentum tersebut setiap hari, dan tulis nota yang boleh kita ingat, setiap detik untuk menjadi asas supaya kuat dan kuat.

Semoga berjaya
Leave a Reply