• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Jangan hina aku makan sampah

April 2, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang di hormati.

Terdetik akk nak menulis satu cerita yang baru akk tonton di dalam Buletin utama TV3 Aduan Rakyat, Kisah ini berlaku di Sandakan Sabah, membuatkan akak berasa sedih.

Sandakan sebuah negeri di daerah Sabah, yang terkenal dengan hutan yang cantik dan binatang comel orang hutannya. Selain Orang hutan, ada pulau-pulau yang cantik dan makanan yang sedap.

Dalam kecantikan negeri Sandakan, ada kisah sedih yang menyentuh hati kita, di mana ada saudara kita yang masih lagi susah tiada tempat tinggal tiada makanan. Mereka hanya menunggu sampah sebagai makanan. “Jangan hina aku makan sampah, kerana ini la kehidupan aku,” kata salah seorang penduduk. “Aku susah, sebab mak ayah aku pun buat kerja yang sama, sebab aku tak ada ic, tak ada sapa nak bantu aku” kata salah seorang dari mereka sambil matanya berair, mengenangkan nasib diri, dan hidup dalam ketakutan.

Jemput makan

Mereka tinggal di dalam rumah yang di reka dengan menggunakan peralatan seperti kanvas plastik yang besar untuk keselesaan mereka sekeluarga, di tepian sampah yang berbau.

Mereka takut di tangkap pihak polis, kerana tiada kad pengenalan diri, walaupun mereka di lahirkan di bumi Sandakan kerana mereka tidak mampu untuk ke bandar sebab kemampuan untuk membayar tambang tidak mampu diusahakan.

Walaupun sudah 20 tahun mereka tinggal di kawasan yang di kelilingi sampah, tiada seorang pun yang sudi membantu mereka termasuk pihak berwajib kerana menganggap mereka orang dari seberang.

Kehidupan makan minum mereka semua dari sampah yang datang setiap pagi, mengutip botol-botol, tin, palstik untuk di jual. Mereka dapat dalam RM 5.00-20 sehari, itupun mereka berkongsi sampah bersama penduduk yang lain.

Paling sedih, anak-anak yang comei, yang tidak memahami apa-apa di seret bersama untuk mencari atau mengais sampah untuk mencari sumber rezeki, Anak-anak ini dipaksa ibubapa untuk mencukupkan rezeki seawal 5.00 pagi, sementara menunggu lori sampah sampai, mereka tertidur disisi ibubapa mereka.

Mereka tidak bersekolah di sebabkan tiada pengenalan diri, mereka juga impikan kehidupan yang indah dan sempurna seperti orang lain, tapi itu adalah angan-angan sahaja yang terpahat di lubuk hati mereka.

Sebagai pemerhati, kita akan rasa sedih, kerana kita hidup di sebuah negara yang harmoni di mata dunia dan suka tolong-menolong. Tetapi ada lagi sahabat, saudara kita di Malaysa ini masih lagi susah. Kita sibuk menghantar bantuan ke negara luar tapi di negara sendiri tiada siapa yang memandang.

Selepas aduan rakyat ini, kita berharap kerajaan Malaysia dapat menyegerakan bantuan di mana ada anak mereka yang sakit dan tidak dapat pergi ke hospital, akibat tiada pengenalan diri. Kalau kita nak memberi bantuan pun tidak boleh kerana mereka tiada apa-apa buku akaun bank, dan tidak pandai membaca dan menulis.

Semoga airmata mereka membuka mata rakyat Malaysia yang sangat prihatin, sama-sama kita doakan.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Curang itu sakit sangat dan banyak mengajar aku
Next Post: Kepentingan Database untuk berjaya dalam apa sahaja perniagaan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme