Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hargai ibu hari-hari, bukan untuk hari ibu sahaja, itu la yang sebenarnya, dalam Islam hari Ibu memang tidak ada, tetapi ramai yang meraikan kerana untuk menunjukan kasih sayang dan peringatan kepada anak-anak supaya tidak lupa akan jasa ibu.

Aku sebagi ibu terasa teruja juga bila menerima hadiah setiap anak-anakku, “suprise for you ibu” terus aku menagis dan memeluk anak-anak ku bertapa bahagianya bergelar ibu, dan bersyukur bila di hargai.

Aku terbayang, bagaimana anak-anak yang tidak punya ibu dan juga ibu tiri yang memukul kejam anak-anak mereka, kisah ini baru terjadi semasa aku menonton buletin utama tv3 mengisahkan anak-anak tiri adik beradik minta makanan dari jiran sebelah rumah, dipukul dengan kayu, hingga patah tangan oleh ibu dan bapa mereka, makanan diberi sekali sehari sahaja dan sangar sedikit. Mereka sangat lapar.

Ini yang kita dengar dan kita dapat tahu, berapa ramai lagi anak-anak yang diluar sana didera, di pukul, di sepak, di terajang, dicucuk dengan api rokok dan berbagai lagi, Ya Allah, sangat menyedihkan.

Aku dan semua rakyat Malaysia yang perihatin hanya mampu berdoa agar, anak-anak ini beroleh kasih sayang dan merasa kasih sayang ibu atau orang tersayang di sisi mereka nanti.
Sekiranya kita ada anak-anak paling utama menghargai mereka seadanya, inshaaAllah pasti mereka menghargai kita selama-lamanya.
Pengorbanan ibu sangat besar pertama bila dalam kandungan selama 9 bulan 10 hari, kepayahan si ibu melahirkan dan menyusukan kerana itu Rasulallah bersabda :

sayang ibu seadanya di sisi, berbuat baiklah pada anak-anak tersayang, hargai mereka semua.
Leave a Reply