Assalamualaikum salam hormat pembaca sekelian,
Kak Dayang pernah menjadi guru tadika, di sebuah sekolah tadika disitu banyak yang akak belajar dan mengajar jiwa seorang kanak-kanak dan kasih sayang. Sebelum ini akak seorang yang garang dan sangat tegas, Selepas mengajar dan mendidik anak orang baru akak tersedar bila kita masuk kedalam jiwa dan alam mereka.

Kanak-kanak perlukan kasih sayang bermula dari rumah lagi, sebagai ibubapa peranan utama mengenali anak mereka dengan lebih dekat, dan bukan terus serahkan pada guru untuk mengajar, kemudian menyalahkan guru terbabit.
Semasa akak di terima bekerja sebagai guru ganti di sekolah tersebut, akak ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar 5 tahun. Pelajar ini ada berbagai ragam dan pendiam. Mereka sangat takut untuk berjumpa kawan baru mahupun orang lain.

Peranan sebagai guru perlu tunjukan kasih sayang agar anak-anak ini selesa dengan kita daripada kanak-kanak ini tidak mahu pergi sekolah, dah mula suka pergi sekolah, ada yang menagis, sudah mula berhenti, ada yang kuat merajuk sudah semakin berkurang.
Bukan senang untuk menjadi guru yang di sukai kanak-kanak, untuk bagi mereka jatuh cinta kita hendaklah memahami mereka dan mendalami jiwa mereka, kalau dimarahi, mereka tidak mahu pergi sekolah dan ibubapa pulak marah pada guru, kerana guru gagal mendidik dan ibubapa ini terpaksa bercuti.

satu hari akak didatangi seorang pelajar dan memeluk dirinya dan berkata “kenapa sayang teacher ni,” anak murid ini pun menceritakan, “teacher, boleh tak Amin duduk dengan teacher,” akak menjawab ” boleh, tapi kenapa Amin nak duduk dengan teacher”, Amin menundukan kepala, “ok, teacher kena tahu, kalau tidak nanti papa dan mama mesti marah Amin, Amin kan anak soleh” , Amin masih lagi diam, “cuba cerita dengan teacher, apa yang berlaku, mana tahu teacher boleh tolong Amin,” Amin, nak duduk dengan teacher sebab papa dan mama hari hari gaduh”
Akak terdiam, sebab jiwa kanak-kanak ini dalam tekanan yang lama, dan dah mula timbul fobia, dan mencari sesorang yang boleh diluahkan kerana sifat percaya.

Kisah Amin, ini di bincangkan kepada semua guru-guru, untuk menyelesaikan masalah, Cikgu lain memang tidak dapat membantu kerana perkara ini melibatkan rumahtangga keluarga anak murid yang berumur 5 tahun.
Esok hari, akak berjumpa Amin, “Wahai anak soleh Amin, sihat ke hari ini?” “alhamdulillah, baik teacher.” dengan senyuman. Alhamdulillah nampak lega bila akak tengok Amin, rasa tenang semula.

Setiap hari melihat ragam anak anak yang sedang membesar, banyak mengajar akk, menjadi penyabar, Mereka tidak tahu apa-apa, mereka hanya tahu gembira dan mereka gembira macam orang lain,
contohnya bila ada kalangan yang datang ke tadika anak orang berada, bawa beg mahal, pensel box mahal, lepastu kawan pegang marah, sehingga menagis. Sebgai Ibubapa kena la memahami setiap kanak-kanak yang datang ke sekolah ada di kalangan orang yang biasa-biasa, jadi ajarilah anak kita biasa-biasa sahaja, agar mereka menerima seadanya dan boleh menggunakan barang yang ada.

Kanak-kanak amat disayangi Rasulallah, jaga la mereka, mereka adalah amanh yang paling besar untuk dipikul, Mereka pun tidak mahu lahir ke dunia, tetapi kita sebagai ibu dan bapa la mencorakan mereka dengan warna yang berbagai-bagai
dari sini akak dapat belajar, tentang anak-anak, bila menagis, bila tersenyum, bila diam, bila ketawa, bila bersungguh-sungguh untuk belajar, adalah di sebabkan sebuah keluarga bahagia, Pendidikan awal adalah dari rumah, mereka sangat perlukan kasih dan sayang orang paling rapat ialah ibubapanya.

Semoga kita menjadi ibubapa terbaik untuk keluarga bahagia kita, inshaaAllah.
Leave a Reply