• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Empat belas jam lagi

March 26, 2019 by dayang Leave a Comment

Persiapan untuk pulang ke tanah air Malaysia, isi barang semua dalam beg, “eh, tak muat la pulak, macamana ni” . Di bawah hotel ada kedai jual barang- barang termasuk beg. Alhamdulillah lega rasanya. dari 2 beg dah jadi 3 beg, banyak makanan dah bagi pada sahabat yang nk ke Morroco dan Rome. Mereka masih nak berjalan lagi. Sampai di Airport, kita semua ucapkan terima kasih pada Pak Lang pemandu berhemah yang menemani kami sepanjang perjalanan ke 5 buah negara Eropah ni.

Sampai bahagian Chek in, beg semua dah pun susun untuk masuk ke perut kapal, Kami akan naik kapal terbang Garuda Airlines semula dah terbayang di kepala 14 jam lagi, lamanya.

Sementara menunggu gate di buka perut dah mula lapar, tapi bersabar makan dalam penerbangan la nanti. Alhamdulillah gate dah buka. Kami semua pun masuk dan mencari tempat duduk bernombor masing-masing. Sambil berselfie, puas kami ambil gambar, dari 1 jam ke 2 jam dalam perut kapal masih lagi tak terbang terbang, kami tunggu lagi. Mula kerisauan antara satu sama lain, apa yang berlaku ni.

Kami menerima pengumuman, bahawa kapal ada masalah bahagian kipas, dan tidak boleh terbang, kami terpaksa turun dan kemungkinan pesawat akan terbang keesokan hari. Ya Allah, dugaan sungguh pertama kali terbang ni. Apapun alhamdulillah mereka dapat kesan awal seramai 200 penumpang semua kena turun.

dan kami kena bermalam di hotel khas, bagusnya perut yang tengah lapar di beri baucher makanan Burger king setiap seorang dapat 2 set. Jadi makanan yang halal ialah Burger ikan.

lepas kekenyangan, kita terus menunggu bas khas dari airport ke hotel, tidur semalaman di sana, pagi esok kita akan berangkat jam 2.00 petang kata counter bertugas untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Sarapan pagi disediakan jam 4,.00 pagi, dah ramai yang bersiap-siap beratur bersama beg untuk bersarapan, kemudian nak tunggu bas khas ke Airport, sambil menghayati makanan satu demi satu, nampak pulak kawan-kawan menyimpan roti sebagai bekalan untuk di bawa ke airport sekali. Roti ni memang sedap.

Hotel Ibis adalah hotel persinggahan untuk kebanyakan penerbangan tergendala. Hotel ini sangat selesa dan cantik. segalanya lengkap, apa sehaja diperlukan ada di sediakan.

Kami bersip-siap nak turun dan menunggu bas khas awal 3 jam sebelum penerbangan tiba-tiba mendapat tahu penerbangan tergendala lagi, kami tidak boleh terima kerana kebanyakan ada meetiing di Malaysia. Kami terus bergerak ke airport untuk menunggu dan berusaha dapatkan penerbangan balik.

Sampai di Airport, kami, beratur lagi, pengurus En Mad terus berusaha untuk mendapat penerbangan balik, akhirnya 4 orang naik penerbangan yang akan terbang dari Amsterdam ke Dubai dan Dubai ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Emirates. Tiket penerbangan jam 2.30 petang dan gate akan ditutup sebentar lagi.

Alhamdulillah , dapat sahaja tiket kami terus berlari untuk ke Gate G yang mana gate akan ditutup dalam jam 1.45 petang , ini la pertama kali akak dan anak akak dan 2 sahabat berlari untuk mengejar Flight Emirates. Ya Allah dugaan sungguh.

Alhamdulillah, akk duduk di seat 88K yang mana seat ini khas untuk petugas pramugari sahaja. Pramugari tidak boleh berkata apa-apa kerana arahan atasan, membenarkan penumpang duduk di situ. Sampai kami ke Dubai, Wau cantiknya Dubai di waktu malam.

Tapi sangat penat nak ke lokasi transit Dubai ke Kuala Lumpur terlalu jauh. apapun memang luar biasa. kami berempat sangat gembira, sambil menunggu penerbangan ke dua. Alhamdulillah. Terus terang akak nak bagi tau penerbagan Emirates memang best, sebab tak rasa bila langgar awan. dan selesa.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Rehat- rehat di Amsterdam
Next Post: Beg balik besok »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme