• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Dimana suaraku selepas minum kopi

March 3, 2019 by dayang Leave a Comment

‘Suara sedap siapakah itu?’ Ali bertanya pada Abu yang sedang memancing bersama di tepi sungai berdekatan air terjun bersebelahan dengan pohon buluh, Abu terus menegur Ali,” kau ni, kan aku dah pesan, jangan tegur, kenapa kau tegur, Ini bukan tempat kita”

Ali terdiam, “eh kau ni, jangan la takut, Abu kita takut pada tuhan sahaja, jangan la risau, kau tunggu sini aku nak cari suara tu” Ali terus bangun dan terus mencari suara itu dan meninggalkan Abu. Abu mula merasa seram sejuk badannya, tiba tiba, mula la Abu memikir macam-macam dan mulutnya mula membaca ayat suci Al-Quran.

Sedang Ali mencari suara itu, Ali ternampak satu keluarga yang sedang sibuk membersihkan kawasan lapang bersama radio, berkumandang suara Siti Norhaliza sedang menyayi lagu, Nirmala, baru la Ali tahu, itu suara radio, Ali pun memberi salam

” assalamualaikum abang, saya Ali, abang, buat apa di sini,” kata Ali, “oo maaf, dik, nama abang Wak Kup, ‘panggil wak pun boleh, ” cadangan nak buat kebun, tanah aruah mak wak ni, ” adik buat apa di sini, “, kata Wak kup, tapi, suara Wak kup langsung tidak dapat didengari seratus peratus oleh Ali, Wak Kup, menyambung lagi , “maaf dik, wak sedang sakit tekak ni selepas minum air di kedai Pak leman di hujung kampung sana tu, se

“maaf, wak, saya tak dengar sangat suara wak ni, teruk juga sakit tekak wak ni ye”, kata Ali, “itu la, wak pun tak tahu, pasal apa, tapi semenjak bekalan ait terganggu baru baru ni, hilang suaraku, kata wak, sambil ketawa, dan menyambung lagi “ada tak semacam penyayi rock penyayi awie,” katanya. sambil ketawa. Ali pun ketawa bersama.

“Ali, kau tahu tak, dulu, wak suka mennyayi, di tepi sungai hujung kampung itu, bagaikan seorang artis,” ” eh, sekejap wak, saya hampir terlupa sahabat saya, memancing di tepi sungai sana, sekejap wak nak panggil dia boleh kita borak sekali, ok wak sekejap ye” . ” la eye ke, kesianla dia tunggu lama kat situ, pergi panggil dia cepat”.

“Abu, oo abu, Ya Allah kemana pulak ,Abu ni”…..Ali pula merasa risau, barang semua ada tapi Abu, pulak tak ada, Ali panggil lagi” Abu o Abu, mana kau, risau aku nii,

Abu, menyahut, “Ali, aduhh, tolong aku Ali, aku kat sini ni, belakang pokok ni sahaja”, Ali mula cemas dan terus berlari mencari Abu . “Abu, Ya Allah kenapa ni, Abu,” Abu berkata, ” masa kau tak ada tadi, aku dah rasa seram sejuk, aku tak sedar ada seekor ular melintas, aku pun berlari, jatuh terpijak pulak batang besi ni, Aku rasa macam tak boleh bangun, kau tolong aku” “ye, baik baik, jom la kita balik. smbil memapah Ali.

‘aduh sakitnya’

sambil memapah Ali singgah terus, ke tempat wak tadi, dan meceritakan keadaan yang berlaku, Wak terus melihat Abu, pandai betul Wak ni mengurut kaki Abu, kata dalam hati Ali, Wak mula bersuara, ” Abu, ni wak nak bagi tahu, kalau di langgar besi paip, dari mana datangnya,Wak rasa pelik”

“itula Wak, saya pun pelik, ni mesti kes curi besi ni”, Ali mencelah. Abu pun berkata dengan sakitnya, “Aduh, wak sakit, wak, saya tak tahu wak sebab nampak ular, tu saya lari dan terlanggar besi tu, saya pun tak tahu”

“tak apala,sikit lagi boleh la jalan, inshaaAllah semua berjalan dengan baik, sekarang ikut petua wak, amalkan ia, wak ajar buat minyak serai, bagus untuk buat urutan nanti”

“siapkan semunya kena ganjil , semua mesti ditumbuk, daun sirih 7 helai ditumbuk, bawang putih 7 ulas di tumbuk dan serai 3 batang juga di tumbuk bukan di mesin, kemudian sudah halus baru di campurkan dalam minyak dan dikacau, perlahan kan api dan masak selama 3 jam, dan campurkan semula 4 batang ditumbuk sikit, untuk bagi wangi”,” kata wak, betul ke Wak,” kata Ali, ” betul lepastu sudah siap minyak tu bagi sejuk suam baru guna, urut semua tempat yang sakit, sambil berselawat, dan ambik sirih tutup kemudian balut, InshaaAllah” nanti semua akan baik.

“baik wak, kami balik dulu, terima kasih wak”. “sama-sama, jangan lupa apa apa talipon wak, dengan suara serak serak basah'”

“Alhamdulliah, rasa kurang la, Ali pandai betul wak tu ye” kata Abu. “ialah orang lamakan, kata Ali, ” Ali, aku rasakan, ada kes pencurian paip besi tu, sebab tu hujung kampung ada je kebocoran paip, lepastu air pun karat” kata Abu.

“ialah biarlah polis buat kerja kau tu, jaga diri, aku nak balik ni. jumpa lagi tau” kata Ali.

“Assalamualaikum,” kata Ali sambil salam. Abu menyambut salam dan menjawat “waalaikumsalam”

Filed Under: Uncategorized

Next Post: Lipat kain bukan minatku »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme