Assalamualaikum dan salam sejahtera
“Esok air tak ada, ibu, seluruh Malaysia, macamana nak pergi sekolah ibu,” itu la kata anak teruna, yang sibuk air tak ada, mula la dia susah hati.”aku pun susah hati juga, masalah air ni, aduh hai, camna ye. Ada pulak yang share cara simpan air melalui plastik, kerana mereka tinggal di rumah pangsa, rumah flat dan rumah kondomium.

Memandangkan rumah kami kecil nak beli tong confirm tak muat, jadi aku mula mencari plastik untuk membuat simpanan air seperti sharing dari FB tadi. Kami sekeluarga ke NSK dan mencari plastik yang sesuai. Punyalah ramai orang sibuk mencari plastik dan tong air, besen yang besar-besar, untuk simpanan air, kecuh sana-sini bagi tahu air seluruh Malaysia dan kawasan terbabit tak ada.

Selesai sahaja kami pun pulang, dan memulakan tugasan mengisi air dan masukan semua air ke dalam plastik dan ikat satu demi satu.
Boleh dikatakan penuh dah satu bilik air dengan gantugan air yang boleh di gunakan sorang-sorang, untuk mandi dan membersihkan diri. Air sangat penting, kalau tak ada air memang semua susah hati.

Punca air tidak ada di sebabkan pam pecah sebelum ini, pembersihan dan maintenance yang perlu di perbetulkan mengikut kawasan terbabit. Jadi dah terbayang sekiranya air tak ada , penuh pakaian dan pingan mangkuk yang kotor jadi sebelum berlaku kita kena kurangkan, dan penggunaan air kena lah jimat cermat.
Tampa air, kita sebagai manusia mula lah malasnya nak pergi sekolah, malasnya nak pi kerja, malasnya nak masak, sebab tak nak pingan-mangkuk kotor. Jadi kemalasan itu menyebabkan resiko disiplin kita semakin menurun, punca air tak ada.

Jangan main-main kalau air tak ada, utamakan kepentingan dan keperluan wajib , jangan suka membazir air yang dah ada. Sekarang ni sana-sini sibuk untuk simpan air, dengan berbagai cara untuk menjimatkan ruang dalam rumah yang kecil.
Esok kalau tak cukup air juga, boleh la pergi ke sungai berdekatan untuk mandi-manda.

ok jom jimat air dan cari plastik besar
Leave a Reply