• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Cahaya Fateh.

Assalamualaikum pembaca yang di hormati semua !

Salam perkenalan, dan terima kasih sudi singgah ke laman blog cahaya fateh, kisah cerita cahaya fateh di ambil sempena nama anak bernama cahaya dan Fateh adalah nama team Al-Fateh yang sedang berkembang.

Sebagai seorang yang bercita-cita ingin merasa keseronokan dalam menulis, maka terlahirlah blog cahayafateh.com, dan Sudilah pembaca memberi komen membina untuk membantu perkembangan dalam mengeluarkan idea dan ispirasi dalam penulisan ini.

Di sebalik tirai cahaya fateh, ada seorang wanita yang mereka, mencipta, mengarang dan menulis nama di beri kak Dayang, nama sebenar,

Dayang Damimi binti Saleh anak kedua dari lima adik beradik, dilahir dan di besarkan di sebuah pekan kecil di Serendah, bersekolah rendah dan menengah di Rawang, Selangor, kehidupanan masa kecil, banyak asam garamnya dan manisnya.

“Ayahnda Hj. Saleh dan bonda maridah”

Terima kasih kepada ayah dan mak, yang membawa ke dunia ini, dalam mengenal warna-warni kehidupan al fatihah buah ayah Hj. saleh dan mak.

Kesusahan ayah dan mak banyak mengajar untuk menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti.

Mereka telah banyak berkorban membesarkan dan menjaga anak anaknya hingga berjaya.

Walaupun, kami hidup dalam kesusahan, tapi mak banyak membantu, jiran -jiran, memberi mereka pekerjaan untuk membantu perniaggaan mak secara kecil-kecilan. Setiap hari mak, akan ke pasar, untuk membeli barangan segar untuk di masak, perniagaan mak seperti nasi lemak, karipap, meehon goreng dan juga air, akan di anggkat setiap hari dengan beratan antara 10 kilogaram atau lebih, naik keretapi dari Rawang Ke Kuala Lumpur. Kekuatan mak sangat luar biasa, ayah bekerja tetap di Stesen keretapi Rawang, memang tak dapat turut serta dengan mak untuk berniaga, hanya masa terluang baru la turun sekali.

Itu la kenangan, luar biasa seorang wanita, alhamdulillah mak sihat, dan bersama kami hingga hari ini.

Alhamdulillah, kak Dayang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang cahaya mata dua perempuan dan tiga lelaki, mereka penghibur di kala sunyi, dan kekuatan sehingga hari ini.

‘Anak-anak tersayang”

hobi kak Dayang suka buat karipap dan menjual berbagai jenis karipap kerana suami dan anak -anak suka makan karipap, ini memang kepakaran kak Dayang, dari kecil, kalau buat kuih lain memang ke laut, tapi kuih karipap memang dari kulit, inti, tepung, dan perasa dalam tepung, perasa dalam inti Semua tahu, tapi ada sahabat yang lagi pandai, kita boleh tukar-tukar idea nanti.

sebabnya masa kak Dayang dalam darjah tiga kehidupan kami susah, jadi mak pun berniaga, kak Dayang sebagai pembantu di Dapur, mak pernah berkata, “kita ni perempuan, tak perlu belajar tinggi, karang duduk celah dapur jugak” kata mak.

tapi sehingga hari ini, Kak Dayang nampak wanita lebih kedepan walaupun ke dapur, hebat wanitakan.

Sehingga hari ini karipap menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga, sehingga ada kalanya masak pun siap beku dan simpan dalam peti ais untuk esok hari. Kadang-kadang ada sahaja yang nak order.

Tapi tak buat, untuk jualan hanya makan sediri untuk kami sekeluarga, nanti akak Dayang Share cara simple membuat karipap sedap, ok..tunggu tau!

SIAPA SAYA?

Ok, kak Dayang nak Share serba sedikit, tentang diri kak Dayang, selepas habis sekolah akak ambik kursus selama 3 bulan, sijil operasi penerbangan, sebab minat dengan kapal terbang, selepas dapat sijil, akk terus bekerja di syarikat penerbangan sebagai seorang penempahan tiket, dan menerima call dari mana-mana syarikat atau individu untuk melancong atau di arah bekerja. Tugasan akk membantu menempah destinasi dalam negara atau ke luar negara dan menerangkan penerbangan mana yang sesuai dengan masa dan tambang murah.

Selepas itu, akak dapat tawaran bekerja di MAS, Malaysia Airlines System bertugas sebagai kerani akaun dan berjawatan tetap, atas arahan mak dan ayah suruh kerja ada benefit, paling penting company di kenali dan paling best, dapat terbang percuma.

tetapi akak kerja pun tak lama kerana kebosanan, bekerja sebagai kerani Akaun kerja hanya duduk dan melayan computer dengan nombor, jadi kita tidak boleh melihat destinasi perjalanan, sebab akk tak suka jumpa orang yang sama hari-hari, akak suka jumpa orang yang berbeza, contohnya masa akak buat penempahan tiket, akak jumpa dan menerima berbagai bagai pelanggan yang datang dan membuat penempahan, dan paling best kita selalu melihat peta dunia dari sekecil-kecil negara.

Kerja di MAS, dapat tawaran untuk menjadi Pramugari, tetapi tidak di persetujui bakal suami, sebab masa tu dah pun bertunang dan bertudung.

Selepas itu, akk pun berkahwin dengan jejaka pilihan dan dikurniakan lima orang cahayamata, dan akk tidak bekerja, banyak ujian melanda, banyak dugaan dan ujian kami tempuh. Kita kena banyak sabar dan kena berada dalam redho, sebab ujian itu sebenarnya sangat istimewa dan di berikan pun pada orang yang boleh menerima dengan sabar dan bersyukur.

Akak mula bekerja bila dapat satu surat lelongan rumah, Ya Allah, rumah yang kami duduk nak lelong, mula la akak bekerja, di Kuala Lumpur, berulang dari Seremban setiap pagi hantar anak kerumah mak waktu subuh, dan waktu malam baru samapi rumah untuk bayar rumah, selepas rayuan di terima.

Alhamdulillah, mak dan ayah dapat tengok, anak anak, tersayang, dan berkat sabar itu hutang rumah pun dapat dilangsaikan, tetapi banyak pula hutang yang di buat, sikit-sikit pinjam duit, sampai orang naik menyampah dengan kami sekeluarga.

Akak nekad akan bekerja selagi mampu bekerja atas izin dari yang maha esa, semoga ada sinar dalam kehidupan kami, Alhamdulillah,

PERGI MENUNAIKAN UMRAH

“Lambaian kaabah” bukan mudah dan bukan senang menerima panggilan darinya. Ramai yang akak dengar, dah siap semua, duit dah siap, tapi tak juga dapat melaksanakannya, hanya di jemput, sahaja sampai. alhamdulillah akak dan suami dapat pergi bersama dan sangat bersyukur tampa sebarang tambang, kami dapat pergi percuma.

Alhamdulliah di Mekah dan Madinah sangat cantik, dan sangat bahagia, sangat luar biasa dan akak berdoa dan memohon satu perkerjaan yang boleh memberi rezeki lebih buat kami dan dapat melangsaikan hutang demi hutang, dan akk mampu melakukan kerja itu dan dapat membantu orang, satu hari nanti, itu la doa kami.

JANJI ALLAH ITU BENAR

Alhamdulillah lepas balik dari Mekah, waktu tu akak sambung belajar peringkat Master dalam pendidikan Awal kanak-kanak, sebab terlalu minat dalam bidang berkaitan dengan kanak-kanak, akk teruskan belajar dan bekerja, di AIG sebagai telermarketing esekutif, buat call calling. Lepastu akk berusaha untuk cari pekerjaan suami akk sebab beliau tak boleh buat kerja berat, terjumpa satu pose “coway” dalam fb akk terus menelefon En. Amirul Firdaus, dan kita setkan apoiment untuk jumpa.

Alhamdullillah, kami bersetuju untuk jumpa kali pertama, akk bawa suami sekali, dan tidak terlintas langsung untuk akak join coway. Suami di temuduga, dan suami bersetuju, jadi pada waktu tu bulan Julai suami pun mula buat coway, tapi suami tak juga boleh closed untuk dapatkan jualan, jadi akk la di belakang tabir, buat untuk suami, dan akk berjaya dapat, satu untuk rental dan satu untuk cash.

Akk mula suka pada coway, sebab senang jual dan membantu orang , jadi En Amirul memperkenal En Nazri sebagai bos dan en Nazri suruh akak mendaftar dan perkataan yang beliau sebut “akak buat je” itu la yang akk pegang sehingga hari ini. Bila akk teringat balik, teringat janji Allah itu benar, Allah telahpun memakbulkan doa akak semasa di Mekah, dan akk pun belajar cara buat coway, satu demi satu sehinga hari ini.

Syukur pada ilahi, dengan coway, kehidupan kami semakin sempurna dan hutang semakin hari semakin berkurang, dan apasahaja bantuan akk akan usaha cuba bantu, setakat mana yang kita mampu, sikit demi sikit, dan paling istimewa juga akk dapat naik kelevel kedua peringkat HM atau pengurus dan paling istimewa tahun yang sama berkonvokesyen, Alhamdulillah, sangat manis kenangan itu.

Alhamdulillah dalam coway, banyak mengajar dan belajar untuk menjadi terbaik, bukan senang nak senang, kita kena berusaha dan terus berusaha dan berterima kasih kepada semua guru guru yang mengajar dan saling bantu membantu dan paling penting sentiasa bersyukur, paling penting sentiasa berdoa.

Team Al Fateh

Ok! jom Kak Dayang nak share sikit Suka Travel, dan melancong bersama keluarga dan anak anak tersayang, melacong itu membuatkan kita lebih takut kepada yang maha pencipta, sebab banyak lokasi menarik dan ajaib, di depan mata. SubhanaAllah!

Salam perkenalan salam sayang dari Kak dayang, Cahaya Al Fateh, semoga perkongsian ilmu dan sharing nanti memberi ispirasi dan manfaat bersama.

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme