• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Beku air mata di pipi

March 19, 2019 by dayang Leave a Comment

Selepas ke Kota penuh cinta, Paris, Kami semua berbincang bersama, untuk ganti lokasi, Alhamdulillah semua bersetuju untuk ke Pergunungan Titlis bermain salji. wauu,” Ibu betulke nak main salji ni,” kata anak akak, “inshaaAllah, katanya macamtu la, dah jom tidur esok kena keluar awal, sebab perjalanan ke Switzerland jauh.

Untuk ke Switzerland perjalanannya sangat jauh mengambil masa dari 5 ke 6 jam perjalanan. Banyak persinggahan yang kita lalui untuk cuci mata. Kalau rasa nak membuang wajib ada botol air mineral, dan pemakanan kena jaga, untuk memudahkan lawas membuang air besar atau pun kecil. Tandas di oversea ni majoriti bersih dan air boleh diminum.

Alhamdulillah semoga perjalanan di permudahkan, Rasa tak sabar mula terasa, bagaimana rupa salji, adakah macam dalam peti ais, atau macam kita pergi bermain salji palsu di I-city, Macam-mcam fikir mengenai salji. Sampai di hotel dah pun malam, rehat esok pagi kena keluar awal untuk ke Penggunungan Titlis.

Perjalanan demi perjalanan kita melalui tempat-tempat yang sangat cantik, SubhanaAllah memang cantik. Tak dapat nak cerita, hanya berzikir, memang betul orang kata, “Travel mengajar seseorang untuk hidup sederhana. Anda dapat melihat tempat kecil seluruh dunia.” – Gustav Flaubert

Alhamadulillah bagaikan sebuah lukisan, cantik, subhanaAllah. memang cantik sangat. Rumah- rumah di sini, macam di Cameron Highland dan padang rumputnya kehijauan dan berkabus, semua rumputnya tidak tumbuh panjang dan waktu ni musim luruh.

Selepas membayar tiket anggaran 65 ero, kami menunggu untuk naik ke atas melalui cable car peringkat demi peringkat.

Macam tak percaya, nak naik Gunung Titlis ni, dah terbayang macam-macam, Alhmdulillah.

ada juga bendera Malaysia pada salah satu cable car di sini terasa bangga

untuk sampai kami kena naik 2cable car dan yang ketiga cable car yang berpusing.

semakin tinggi semakin sejuk dan tersangat cantik putih bersih. Syukur dah sampai ke atas kami, di beri masa 3 jam untuk bermain salji, sebelum tu berjalan ke terowong dan kena hati hati sebab jalannya licin.

alhamdulillah tingginya, Ya Allah terima kasih aku, menyukuri nikmat dan keizinanmu aku sampai ditempat yang menjadi impianku dari kecil, merasai nikmat ini bersama, anakku, semoga setiap impian hambamu ini di makbulkan atas izinmu, Maha sucimu Ya Allah, Allahuakhbar, Alhamdulillah.

Akak mcam tak percaya sampai ke sini, air mata gembira menitik dan beku dipipi, terasa salji menepis muka udara segar masuk ke dalam lubang hidung, SubhanaAllah.

Salji ni sangat halus, macam ABC, tapi halus lagi, macam pasir tapi, macam pasir yang berdebu berwarna putih , halus mulus sejuk dan sedap bila terasa dan masuk ke dalam tekak memang best sangat sangat.

Terima kasih CSTeam & BBTeam & Al Fateh Team

alhamdulillah itu la pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan sama sekali dan ada rezeki inshaaAllah datang lagi.

Alhamdulillah, puas mata memandang seluruh penggunungan, cantik sangat sekali sekala, ribut salji menghempas pipi, terasa beku di muka dan jari jemari, Untuk ke sini pakaian kena sesuai, baju kena yang tahan sejuk boleh tanya kedai khas untuk pergi ke tempat bersalji. Masa akk beli tu, akk beli di Genting Highland nama kedau univesal traveller, bersama kasut khas yang sesuai, kalau tidak kamu tidak akan tahan kesejukannya.

kadang-kadang, terfikir juga bagaimana mereka boleh menahan kesejukan di dalam salji sekiranya pemakaian yang tidak beberapa sesuai untuk musim salji, contoh negara yang sedang menghadapi peperangan dan rakyatnya ramai menjadi pelarian dan terpaksa meninggalkan negara disebabkan peperangan.

Sangat-sangat sejuk, akk memang tak tahan sejuk, tetapi kesejukan tu akk lupakan sebab terlalu cantik dan udara segar itu membuat kita lupa, bibir mesti sentiasa disapukan lip balm. Sebab bibir akan kering merekah dan boleh berdarah, jadi pastikan siapkan awal awal dan bubuh dalam beg tangan bersama penadol untuk persedian kalau deman.

setiap kali berjalan dalam salji ini, kita kena berjalan perlahan-lahan kerana jalanya licin.

“ok, kak , dah cukup masa, kena turun dah,”

cukup masa dah, kami semua bersiap untuk turun dan menunggu gillaran naik Cable car.

Berimpian la kerana, impian itu percuma dan pasti menjadi milik kamu.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Kari mungai
Next Post: Aku melakar impian »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme