• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Ayah pesan jangan minum

March 14, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualaikum pembaca yang di hormati?

Masa zaman kanak-kanak lagi, bermain memang tak ingat dunia, dahaga sahaja terus ke paip air, dan minum lepas tu main lagi dahaga sahaja minum lagi sampai kembung. Zaman kanak-kanak memang tak boleh nak lupa, aduhh syokk nyaa! bahagia rasanya.

Balik je rumah, tak makan sebab dah kenyang minum air, mandi dan terus tidur. Esok pagi perut semakin sakit, selalu minum tak sakit, tapi hari tu tiba-tiba sakit perut la pulak, aduhh kenapa ye! “Ayah sakit perut, ayah” aku tak berani nak mengadu dengan mak, sebab mak akan cakap padan muka main tak ingat dunia.

Ayah akan ambik ubat dan sapu perutku, sampai keluar angin, “tu la kan dah cakap makan nasi, ni perut dah masuk angin” ayah mula berleter, ayah tak tahu aku minum air paip. kalau tahu, mungkin kena marah. “baik ayah”.

Kawan dah tunggu di luar, sebab nak bermain konda -kondi, rouders, ting ting, main getah dan main baling selipar, tak sabar nak keluar, ayah masih mengurut perutku dan ayah tak bagi keluar rumah. Tapi aku sangat degil, mana boleh permainan tu kalau tak main sehari aku akan termimpi-mimpi.

rounders

main getah
baling selipar
ting-ting
konda kondi

Tapi pada hari tu, aku keluar, mengikut abang ku along menangkap ikan, dalam longkang, ikan punyala besar-besar mana tak geram, Along mengambil tin milo dan bontot tin telah di paku siap agar air keluar dengan laju “dapat ikan nanti boleh masuk aquarium” kata along.

“Along, kotorla air longkang ni, busuk la tak nak la, nanti mak kang marah” kataku, “eh kau pegang kayu tu tolak air je, along jaga sini” along menyediakan perangkap menangkap ikan dengan kemas, aku kena pegang kayu dengan muka yang risau.

“dah cepat pukul air tu”, aku mengikut sahaja arahan along. “wauu, dapat ikan tiga ekor ikan puyu, along masukan kedalam balang plastik macam bekas kuih raya, “eh cantiknya ikan ni, along”, jom la balik long dah dapat 3 ekor, Along mula seronok, dan kawan yang lain pun nak join jugak. sebab dapat ikan puyu. “ee, kau nak balik, pi balik” kata Along.

ikan puyu

Aku tunggu lagi sampai along selesai, “syok juga tangkap ikan ni” bisik hati kecil ku, kalau kena marah confim kami kena ni, tiba-tiba nampak mak datang bawa rotan, aku menjerit “Along mak bawa rotan”, jeritku, “Aku dan Along mula cemas, dan bawa ikan lari ke belakang rumah dan masukan ikan dalam tong drum yang di penuhi air.

rotan

Ingat, mak tak nampak, apa lagi kami berdua kena bantai kat belakang rumah menagis tersedu-sedu, mandi dan terus tidur. “Esok tu along ajak lagi tangkap ikan, di sungai yang jauh dari rumah, aku mengikut sahaja

Sampai di sungai tu, aku tengok banyak ikan yang mati, disebabkan pencemaran air, ada yang buang tong cat, ada yang buang minyak tar, tin-tin sardin, plastik bersepah dan berbau busuk.

pencemaran air

Along jom balik takut la” kataku, “jom la”, aku dan along pun balik, dalam perjalanan tu, aku dah mula geli nak minum air paip, aku nak minum air yang di masak sahaja, aku kesian tengok ikan -ikan besar banyak yang mati, dari situ aku cerita pada ayahku pasal pencemaran air, ayah pun cukup marah kami berdua, sebab pergi jauh dari rumah.

Lepas tu aku bagi tau, yang aku minum air paip sebab tu perut sakit, bertambah lagi ayah marah, ayah pun berkata “Air yang kamu minum tu banyak klorin banyak cacing, tu kamu sakit perut, kenapa dengil sangat ni , anak perempuan ni kena dengar cakap” ayahku mula berleter. Along menunjukan jari padan muka, sebab along dah pesan jangan mengadu.

Aku pula kalah, maklumla anak ayah, semua nak share dengan ayah, dengan mak tak berani, mak garang. Semenjak hari tu, aku akan memastikan setiap air kena masak, kalau tak ada air suam aku la tukang masak air, aku pun mula rajin disebabkan pencemaran air tersebut.

masak air dalam cerek

Dulu-dulu mana ada penapis air kan, jadi wajib masak air.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Fahami Jiwa Kanak-Kanak
Next Post: Mimpikah atau realiti »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme