Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setiap orang ada sejarah kehidupan yang di simpan didalam lubuk hati, Aku terpanggil ingin cerita kisah Atos tersayang yang penuh tagisan di dalamnya. Kisahnya menjadi inspirasi untuk aku bangun membina impian demi impian.
Atos aku beli masa aku belajar, untuk membayar bulanan yang rendah bersama komitment sedia ada, maklumla seorang sahaja yang bekerja, bayaran kereta sehingga selesai alhamdulillah , bayaran rumah, belanja sekolah anak, duit api air, duit makan minum, duit pergi bekerja, duit nak belajar duit dapur dan duit mak semua masalah dari sekecil kecil masalah hingga sebesar-besar masalah aku kena selesaikan.

Aku berusaha untuk dapatkan gaji lebih dengan kerja lebih masa dan bersungguh-sungguh dalam kerja dan memastikan commision kerja akan dapat lebih tinggi setiap bulan, untuk membayar komitment sedia ada. Teman setia yang melihat jatuh bangun dan tagisan di dalamnya ialah Atos tersayang yang setia membawa aku kemana-mana destinasi gerak langkah aku, Kereta comel ku ini bukan bawa aku sahaja, malah adalakalanya sehingga 10 orang.
Kasih sayang Atos tak boleh dinilai, Adakalanya dia memahami aku, aku selalu bercakap dengannya, kadang kala mungkin orang kata aku gila, tapi sebenarnya Atos tempat aku mengadu masalah demi masalah untuk aku merasa tenang, dialah tempat aku menagis dalam diam. Aku merasakan Atos sangat memahami.

Pernah satu ketika aku bekerja ke Putrajaya, kerana kepenatan aku tertidur Atos bergerak dijalan yang lurus, sehingga aku tersedar ada sebuah bas lalu sebelah aku, Ya Allah, terperanjat dan sangat bersyukur tak ada apa yang berlaku, sesungguhnya waktu itu aku sangat penat.

Ada satu ketika aku bawa Atos tengah malam sebab pulang bekerja dari Tesco Semenyih, Selalu aku cakap pada “Atos, jangan meragam ye sayang”. Setiap masa untuk bergerak itula ucapanku padanya sentuhan itu aku berikan padanya, seolah-olah dia bernyawa dan memahami apa kata hatiku.
Walaupun hujan lebat, tingkap tak boleh tutup Atos tetap setia, untuk sampai ke destinasi, Pernah suatu ketika itu hujan selebat-lebatnya aku mandi didalamnya dengan setia sambil tangan sebelah lagi mengelap tingkap, dan adakalanya hari tidak hujan tingkap dibuka luas, bila sahaja lori lalu dengan asap hitam berkepul-kepul keluar, pasti muka ku hitam.

Apapun Atos tersayang, sangat setia, Aku sayang atos walaupun dia kemek sana-sini bukan aku yang buat, seolah-olah dia paham, sebab aku tetap merawat lukanya, aku ingin menukar wananya ke pink, ramai yang tak setuju, tapi aku tetap juga akan warnakan dengan warna yang aku suka. satu hari nanti, aku akan buat Atos yang setia denganku cantik dalam dan luarnya, walaupun aku ditentang.
Banyak pergorbanan yang Atos telah berikan padaku, Aku sayang Atos sekarang aku bagi dia rehat untuk aku mencari DR yang sesuai untuk bantu aku mencantikannya, insaaAllah pasti ada.

Atos bersabar ye sayang.
Leave a Reply