• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Cahaya Fateh

  • Home
  • Cahaya Fateh.
  • Arkib Artikel

Asia’s Got Talent

March 10, 2019 by dayang Leave a Comment

Assalamualikum pada pembaca yang di hormati,

Disebalik carita Asia’s Got Talent, ada cerita di sebalik cerita. Mungkin pembaca juga merasainya.

Aku, suka menonton Asia’s Got Talent, setiap kali cerita di channel 701 aku, akan menunggu di depan television, kenapa suka? setiap cerita ada kepayahan dan kesusahan yang mereka alami dan setiap titisan airmata yang keluar, pasti aku juga merasai dan menagis.

BUKAN SENANG NAK SENANG

Ada cerita di sebalik cerita bukan senang nak senang, mereka membuat latihan demi latihan, hari demi hari hampir 24 jam masa di habiskan untuk mengemaskan bakat yang sedia ada untuk membanggakan keluarga dan negara, agar tidak memalukan diri sendiri mahupun negara mereka. Latihan demi latihan disusun mengikut jadual tetap dan pemakanan juga di jaga, setiap aktiviti yang mereka lakukan adakalanya sangat bahaya dan berisiko.

Mereka berlatih ada yang dari umur 3 tahun, 8 tahun, dah mula berlatih, antara sebab utama, mereka berada dalam kehidupan dan negara yang susah, mereka menganggap bakat adalah anugerah dari tuhan yang tidak boleh dijual beli.

BELAJAR MENGHARGAI DIRI SENDIRI

Dari setiap cerita mereka, aku tahu susahnya untuk lakukan, melainkan minat, keyakinan, latihan dan aktiviti berjadual, pastinya mereka berjaya dan pasti mengharumkan dunia.

Aku perasan tiada sebarang had umur penyertaan, tidak ada istilah tua, muda untuk menyertainya dan ada juga sudah masuk pada tahun sebelumnya, tahun ini mencuba lagi, sehinga juri Mr David, Ms Anggun dan Mr Jay mengenali mereka.

Paling aku puji, setiap peserta sangat positif dan menerima teguran dengan hati yang terbuka, mereka hanya tersenyum dan bersemangat untuk cuba dan cuba lagi.

Mereka sangat menghargai diri sendiri dan sangat berbangga pad diri sendiri, mereka juga datang ke Asia’s Got Talent disebabkan sokongan padu dari keluarga, sahabat, rakan-rakan dan orang tersayang. Bila mereka menerima pujian atau tidak ada perkataan “yes” dari juri mereka masih lagi tersenyum dan bangga dapat mempamerkan persembahan dengan baik sekali.

TIDAK ADA SEMUA ORANG ITU SEMPURNA

Sebagai seorang yang minat seni, aku tahu tidak semua orang itu sempurna, bila aku menonton Asia’s Got Talent , baru aku tahu, mengasah bakat biar dari rebungnya, sekiranya kita ada bakat, kita kena buat sampai jadi dan paling utama bakat anak-anak kita didik la mereka dengan sepenuh hati dan setiap anak -anak mempunyai bakat yang luar biasa, tidak kita mereka di kalangan orang yang kurang upaya, ibubapa tidak perlu malu segala anugerah itu satu dunia mengetahui Tuhan itu adil.

Meniup menggunakan sikat
Tidak kira warna kulit
Berjaya dengan airmata

BERSYUKUR

Alhamdulillah, rasa bersyukur nikmat dan anugerah yang lahir dari bakat yang luar biasa yang ada pada semua, setiap orang diberi peluang untuk mengubah nasib diri menjadi lebih baik dari hari ini. Jadi ambiklah peluang sedia ada untuk kebaikan diri sendiri.

Aku, bersyukur bila aku melihat Asia’s Got Talent ini banyak benda yang boleh belajar, salah satunya pengurangan penggunaan talipon pintar, pada anak-anak. Banyakan aktiviti kesukaan mereka yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan.

Kalau kita mulakan hari ini, sudah pasti kita nampak anak-anak kita lebih disiplin dan mereka lebih seronok melaksanakan aktiviti yang mereka suka pasti keyakinan mereka kita boleh bentuk seawal-awalnya.

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Assam Pedas
Next Post: Gimnastik impian seorang kanak-kanak. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Persiapan akhir Romadhan
  • Memberi tidak akan menjadikan kamu miskin
  • Perlu redho suami untuk berjaya
  • Gatal kulit
  • Alhamdulillah

Recent Comments

  • dayang on Tasha sampai Paris
  • Nazri Hamid on Tasha sampai Paris
  • Sarena on Mimpikah atau realiti
  • dayang on Assam Pedas
  • Sarena on Assam Pedas

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Cahaya Fateh on the Foodie Pro Theme