Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila menonton nona hari ini, kisah kembar 3 dan kembar 4 dan penjaggaan, tak mudah sebenarnya, untuk menjaga anak-anak kembar , teringat aku dulu mengandung anak kembar , pada mulanya memang tak tahu pn anak yang ku kandung itu kembar, Dr Faridah mengesahkan ada 2 jantung.

Aku dan suami berpandangan macam tidak percaya, kami kongsikan berita gembira ini pada semua, ibu dan ibu mertua terperanjat dan cuba mengembirakan aku setiap saat dan waktu. Untung pulak dilayan macamni, apa sahaja aku nak makan ibu dan ibu mertua akan siapkan.
Semasa mengandung aku tidak langsung terasa mabuk dan mual, tetapi suamiku sentiasa mual dan pening dan sentiasa makan asam dan minyak angin ada sahaja dalam poketnya dan selalu lemah longlai.

Aku seperti biasa segar dan melayan kedua puteriku, bila kandungan semakin membesar jalan aku pun dah macam penguin, Ya Allah kuatkan diri ini, masa ini aku tidak bekerja, suami aku seorang sahaja bekerja di sebuah kilang di Seremban.
Bila kandungan aku semakin membesar di klinik kesihatan Dr sahkan dah besar sangat rahim ni 45 inci, katanya ini terlalu besar kata Dr, aku di suruh terus ke hospital pada hari isnin, baru 38 minggu bersamaan 8 bulan, aku dah mula risau dan berdoa, kerana Dr suruh bersalin awal.

Aku dibedah untuk kali kedua, lahir la 2 putera ku yang sangat comel, tetapi keduanya masuk icu kerana masalaah paru-paru dan kegagalan bernafas. Mereka kena tinggal didalam hospital, aku sudah boleh balik. Allahuakhbar dalam keadaan sakit pembedahan tak sampai hati nak balik, tapi di suruh balik.

Dr suruh datang hari-hari untuk menyusukan bayiku, cukup sebulan aku boleh bawa pulang bayi ku dan dr arahkan buat rawatan susulan, Alhamdulillah bila bayiku selamat sampai ke rumah mak, semua happy, menyambut dengan penuh syukur.
Semakin hari semakin aktif dan lasak, kembar comelku ini kalau sorang deman lepas baik pasti sorang lagi akan deman. Bila zaman sekolah pasti nak kelas sama tak boleh asing.

Aduh, comei sungguh anak ibu, alhamdulillah semakin hari semakin besar dan semakin kacak.
Leave a Reply