Turun dari Pergunungan Titlis, terus ke lokasi cantik di sungai Lucerne
Switzerland, satu lagi tempat menarik yang wajib pergi. Masa sampai kebetulan waktu dah nak malam.

Ramai orang membeli belah, sempena christmas, tempatnya seperti pasar malam hari minggu, tapi tak semeriah Malaysia, dengan cuaca sejuk, rasa segar sentiasa jadi kami pun bebas berjalan.



Baru tahu, Switzerland ini mempunyai banyak lokasi yang sangat cantik tapi kami tak dapat melawat sepenunhnya. jadi kami tinggalkan dengan 1000 kenangan indah. inshaaAllah ada rezeki akak nak pergi lagi di musim yang lain pu;a .

teruskan perjalanan keesokan harinya ke Schaffhausen Rhein Falls Air Terjun Indah di Switzerland

kalau pergi ke sini, kita wajib melawati air terjun terbesar yang ada dengan ukuran tinggi sebesar 23 meter, dan kedalamannya 13 meter. Lebarnya pun bukan main, iaitu sebesar 15 meter.
Air terjun ini adalah saksi dari berbagai sejarah perjalanan hidup manusia, karena air terjun ini memiliki usia 15.000 tahun.

Perjalanan diteruskan ke jam terbesar Coocko Clock atau di kenali sebagai kukukshur dalam bahasa Jerman. Jam ini di perbuat dari kayu Pinus dan ianya merupakan jam diding dan dihiasi dan di warnai dalam berbagai bagai corak dan bentuk.

sangat cantik dan harga pun sangat mahal, kalau di Malaysia harga jam ini anggaran dalam RM 1000 keatas, specialnya jam ini ia tak guna bateri, kalau berhenti kita putarkan semula.

Ramai juga pelancung yang datang membeli belah di sini di serata dunia. mungkin harganya murah berbanding di negara mereka.


Jangan lupa, singgah dan bergambar di jam terbesar di dunia ini.
Hari dah pun hampir petang, perjalanan terus ke hotel, di semua hotel yang kami tidur alhamdulillah selesa, tetapi dalam hotel ini kami semua di ganggu, sangat seram, hotel ini akk tak ingat di mana, tapi malam tu kami tidur setiap bilik akan mencerita perkara yang berbeza, ada yang buka air, ada yang bunyi barang bergerak, tiba-tiba tv tutup sendiri, ada yang ketuk pintu, bila buka tak ada orang, ada yang berbau hamis dan macam macam lagi.
Malam itu akak dan anak tidur dengan membuka ayat suci, Al Quran, dan paling penting ubat selsema ada, kami tidur sampai pagi, tak sedar dah. Bangun pagi tu kami anak perasan ada satu tapak tangan di tingkap cermin masatu sejuk dan berkabus. Akak pun buat tak tahu, sebab nak siang. Kami nak bergerak ke tempat lawatan lain pula, apapun

lepas makan kita terus ke Masjid terbesar di Jerman, yang di kenali sebagai masjid Klon, dan di bangunkan pada tahun 2009 dan paling megah dan terbesar di Jerman

Masjid ini serba lengkap macam Masjid Negara, ada tempat makan, membeli cenderahati, tempat belajar dan ada kelas untuk orang dewasa. sangat besar.

Warga tua, sedang berwuduk untuk melaksanakan solat sunnat, dan disini ada kantin, tapi kena beli dan sediakan duit cash, tidak boleh guna kad, untuk setiap pembelian dalam masjid ini.


di dalam masjid kubah di penuhi ayat suci Al-Quran.

pintu Gerbangnya mengingatkan pintu di Madinah.

selesai melawat masjid kami teruskan perjalanan ke kilang coklat Lindt, coklat yang cair di mulut, sangat sedap.

berbagai-bagai jenis coklat ada di jual di sini, kata pemandu kami, halal dan boleh makan, mana yang tidak boleh di makan pihak kilang akan asingkan, “no muslim”, bagus pekerja di sini majoriti pekerjanya islam.




setelah selesai membeli belah kami teruskan perjalanan untuk ke Amsterdam, Bandaraya terakhir unuk di lawati. Jadi siapa yang belum sampai di sini, akak doakan, semoga impian itu menjadi kenyataan
banyak benda yang kita sedang belajar, ada sahaja cerita dalam setiap perjalanan yang panjang. Ada masa melukis dalam setiap perjalanan.

Leave a Reply